Page 132 - Tinta Aksara 2021
P. 132

 130
Selain itu, kami juga telah terlibat dalam projek ‘Dari Pena Ke Panggung’. Projek ini memerlukan kami mengadaptasi karya sajak atau cerpen daripada teks sastera ‘Antologi Pahlawan Panggung’ menjadi sebuah persembahan drama atau sketsa. Persembahan ini harus dirakamkan dalam bentuk video selama tujuh minit. Kami berasa sangat seronok membuat projek ini. Semua pelajar serta guru sastera terlibat dalam projek ini. Kami bertungkus lumus memerah otak dan menyumbang pendapat dan pandangan untuk menjayakan projek ini. Daripada pemilihan karya, penulisan skrip, arahan video, rakaman dan suntingan video, pemilihan kostum dan muzik serta banyak lagi perkara, kami sama-sama menggembleng tenaga berbincang dan merealisasikannya. Kami amat berpuas hati dengan rakaman video kami. Oh ya, kami telah memilih cerpen ‘Sambal Goreng Mak’ karya Wan Jumaiah Mohd Jubri untuk diadaptasikan.
Di dalam kelas pula, walaupun hanya ada lima orang pelajar, kami dapat berbincang pelbagai sajak dan cerpen bersama-sama di dalam suasana yang agak santai namun tetap mendalam. Ini membuat setiap pembelajaran sangat menarik. Guru yang mengajar juga telah menggunakan pelbagai kaedah yang kreatif dan efektif sehingga membuat kami sentiasa menantikan pembelajaran sastera di sekolah. Saya berharap lebih ramai pelajar menengah dua tahun ini akan mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Elektif. Saya pasti mereka akan melalui pengalaman yang tidak akan dapat mereka lupakan sepanjang hayat mereka.
































































































   130   131   132   133   134