Page 134 - Tinta Aksara 2021
P. 134

 132
menghasilkan karya sastera seperti cerpen dan puisi. Selain dapat menerapkan minat terhadap bahasa, aktiviti-aktiviti ini juga dapat memberikan panduan kepada para pelajar untuk mengarang karya yang bernas dengan menggunakan bahasa yang indah dengan kreatif. Para pelajar pasti dapat meluahkan isi hati mereka ke dalam bait-bait sajak yang dihias citra yang menawan. Jika usaha- usaha dapat dilaksanakan dan diteruskan, pastinya akan lahir ramai karyawan sastera dan Singapura tidak akan ketandusan penulis muda yang berbakat.
Seterusnya, organisasi-organisasi dan penggiat-penggiat sastera perlu menganjurkan lebih banyak pertandingan berbentuk sastera buat para pelajar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat tertiari. Pertandingan seperti ‘Peraduan Pena Emasku’ dapat menggalakkan penyertaan dan pelibatan para pelajar untuk berkarya. Tambahan lagi, dengan hadiah-hadiah yang menarik, para pelajar akan terdorong untuk mencipta karya- karya yang bermutu. Oleh itu, minat para pelajar terhadap sastera Melayu akan mula
berputik dan terus mekar sehingga mereka boleh menjadi karyawan yang berkebolehan dan berkarisma.
Selain itu, ibu bapa juga berperanan penting dalam menerapkan minat anak-anak mereka terhadap sastera Melayu. Usaha ini perlulah bermula ketika anak-anak masih kecil agar minat ini akan terus membara apabila mereka semakin dewasa. Ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka untuk membaca karya-karya sastera yang sesuai dengan peringkat umur mereka seperti pantun, syair, lagu-lagu dan cerita-cerita rakyat. Dengan cara ini, anak-anak dapat mengenali sedikit sebanyak mengenai unsur-unsur kesusasteraan di samping meningkatkan rasa cinta mereka terhadap sastera Melayu.
Natijahnya, pelbagai pihak harus membanting tulang untuk memastikan sastera Melayu terus gemilang dan diwarisi oleh anak-anak muda. Dengan usaha yang berterusan, tidak mustahil bagi kita untuk melestarikan bahasa, budaya dan sastera Melayu.





























































































   132   133   134   135   136