Page 135 - Tinta Aksara 2021
P. 135

 Ulasan Cerpen: Dr. Remaja PhD
 Nur Khairina Binte Anifah (3D) Sekolah Menengah Tanjong Katong
Cerpen ‘Dr. Remaja PhD’ karya Sharifah Khadijah Aljoofri mengetengahkan isu-isu yang berlaku dalam kalangan remaja pada zaman ini. Isu-isu yang diserlahkan ialah hal-hal yang berkaitan dengan remaja- remaja yang ingin melarikan diri kerana rasa dikongkong oleh ibu bapa mereka, remaja- remaja perempuan yang hamil di luar nikah danjugaremaja-remajayangterjebakdalam penagihan dadah.
Cerita ini juga memberikan penyelesaian supaya remaja dapat menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan itu dengan mempraktikan tiga perkara, iaitu sembahyang lima waktu, puasa pada bulan Ramadan dan sentiasa berzakat. Tiga perkara ini mampu mengarahkan remaja ke jalan yang benar agar mereka tidak tersasar dan melakukan perkara-perkara yang memudaratkan serta membawa masalah, bukan sahaja kepada diri mereka sendiri, malahorang-orangdisekelilingmerekajuga.
Namun, menurut pandangan saya, cara Dr. Remaja menyelesaikan masalah yang dialami oleh pesakit-pesakitnya, agak kurang logik dan tidak praktikal. Cerpen ini menceritakan cara Dr. Remaja merawat pesakit-pesakitnya, iaitu dengan hanya memberikan pil pelega kepada remaja- remaja yang bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah mereka. Hakikatnya, ini memberikan gambaran palsu bahawa semua masalah yang dialami boleh diselesaikan dengan mudah. Saya rasa bahawa di dalam dunia realiti, cara untuk menyelesaikan masalah bukanlah mudah dan tidak dapat diselesaikan dengan sekelip mata. Walaupun pil di dalam cerpen ini merupakan perlambangan, yakni, penawar bagi penyakit yangdihidapi,namunpadapandangansaya ia merupakan perlambangan yang agak jauh menjangkau hukum akal.
Perwatakan Dr. Remaja sendiri, pada pandangan saya, boleh menimbulkan kontroversi. Secara fizikal, Dr. Remaja digambarkan sebagai seorang yang agak jelek. Kepalanya botak, berkulit hitam dan hidungnya seperti nenek kebayan. Apabila dia tertekanwajahnyaakankeluarbiji-bijimerah. Sebagai seorang ahli psiklogi, perwatakannya kurang mencerminkan ciri-ciri seorang ahli psikologi. Saya kira tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa perwatakan Dr. Remaja seakan mempersendakan kerjaya seorang ahli psikologi. Cara dia berinteraksi dengan pesakit-pesakitnya dan preskripsi yang diberikan kepada mereka seakan mengenteng-entengkan bidang psikologi. Walaupun kita diberitahu ini hanya merupakan teknik parodi yang digunakan
133




























































































   133   134   135   136   137