Page 133 - Tinta Aksara 2021
P. 133
Esei Sastera: Memupuk Minat Anak-Anak Muda Terhadap Sastera Melayu
Muhammad Nur Hadi Bin Aziz (3A) Sekolah Menengah Tanjong Katong
Dasawarsa ini, sastera Melayu semakin dipinggirkan. Orang-orang dewasa semakin kurang bergiat dalam acara- acara kesassteraan. Apatah lagi golongan yang muda remaja, mereka amat kurang menunjukkan minat terhadap sastera. Kecanggihan dan kemajuan teknologi barangkali menjadi salah satu pemacu kebobrokan ini. Semangat dan minat terhadap sastera Melayu lama-kelamaan akan menjadi langka. Hakikat ini sememangnya mendukacitakan. Mentelah lagi, generasi muda kini ramai yang kurang fasih berbahasa Melayu. Disebabkan penguasaan bahasa yang tidak begitu tinggi, anak muda kurang minat membaca bahan-bahan dalam bahasa Melayu lantas kurang yakin berkecimpung dalam bidang sastera Melayu. Justeru, amatlah mustahak bagi pelbagai pihak menggembleng usaha demi memastikan sastera Melayu akan terus mendapat tempat di hati anak-anak muda.
Dalam usaha menggalakkan minat anak muda terhadap sastera Melayu, kita harus
mengikuti pepatah Melayu - jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Parapendidik di prasekolah boleh memainkan peranan dengan memperkenalkan karya- karya sastera Melayu kepada kanak-kanak di peringkat ini. Para guru boleh membimbing kanak-kanak mendendangkan pantun dan syair atau menyanyikan lagu-lagu rakyat yang popular. Mereka juga boleh membacakan cerita-cerita rakyat kepada anak didik mereka. Langkah permulaan ini bertujuan untuk memperkenalkan sastera Melayu kepada kanak-kanak mengenai kewujudan elemen sastera Melayu, bukan memperkenalkan maksud-maksud karya mahupun mengajar untuk mencipta karya sendiri.
Para pendidik di sekolah rendah pula harus memainkan peranan yang lebih besar untuk memperkenalkan sastera Melayu kepada para pelajar. Langkah ini boleh dilaksanakan dengan mendedahkan para pelajar kepada karya-karya sastera seperti pantun, syair, gurindam dan juga sajak. Unit Bahasa Melayu di sekolah rendah harus mengadakan program-program untuk menggalakkan para pelajar Bahasa Melayu dapat membaca, memahami dan menghayati karya-karya sastera yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan dari luar negara. Para guru haruslah berusaha keras dalam menyampaikan keindahan dan keunggulan karya-karya sastera kepada para pelajar supaya mereka dapatmemahamidanjugamulamemupuk minat terhadap bidang ini.
Di samping itu, Unit Bahasa Melayu di sekolah-sekolah itu juga boleh menganjurkan bengkel-bengkel atau kelas-kelas pengayaan untuk membimbing para pelajar
131