Page 131 - Tinta Aksara 2021
P. 131
Diari Sastera: Pengalaman Pelajar MLEP
Aleeya Binte Zool Ihsan (3E) Sekolah Menengah Tanjong Katong
Program MLEP mula diperkenalkan di Sekolah Menengah Tanjong Katong pada akhir tahun 2019. Pada tahun 2020, kohort pertama program itu bermula. Empat orang pelajar telah mengikuti program tersebut dan mengambil subjek Sastera Melayu Elektif. Pada tahun 2021, lima orang pelajar mengikuti program tersebut dan mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Elektif dan saya ialah salah seorang daripada pelajar-pelajar tersebut.
Subjek Sastera Melayu Elektif merupakan subjek yang sangat interaktif dan menarik. Sebagai pelajar sastera, terdapat banyak peluang yang disediakan untuk kami mempelajari subjek ini melalui pengajaran dan juga aktiviti-aktiviti yang dianjurkan untuk para pelajar.
Contohnya, kami dapat menghadiri bengkel cerpen dan bengkel menulis skrip. Kedua-dua bengkel ini amat menguja saya dan membuat saya lebih berminat terhadap bahasa dan sastera Melayu. Melalui bengkel ini, kami dapat mempelajari teknik-teknik penulisan dengan lebih baik. Ini semua disampaikan melalui aktiviti-aktiviti yang sangat menarik dan kreatif. Kami dapat berinteraksi dan berbincang bersama para pelajar daripada sekolah-sekolah lain. Bukan sahaja kami dapat mempelajari perkara baharu, kami juga dapat menebarkan jaringan sosial dan berhubung dengan pelajar-pelajar sastera yang lain. Kami berasa sangat bersyukur mendapat peluang untuk menghadiri bengkel-bengkel ini sekaligus memperkaya dan memperkasa bahasa Melayu kami.
129