Page 128 - Tinta Aksara 2021
P. 128

  126
rakan-rakan mereka tentang kehidupan di negara masing-masing. Melalui aktiviti ini, para pelajar dapat menambah pengetahuan mereka tentang negara Singapura dan Negara Brunei Darussalam.
Bengkel penulisan Haiku yang dikendalikan oleh Cikgu Muslim Hanafiah menyusul kemudian. Bengkel tersebut diadakan untuk semua pelajar. Para pelajar diberi peluang untuk mempelajari sejarah Haiku dan juga bentuknya. Selain mempelajari bentuk Haiku, para pelajar juga diajar tentang keperluan- keperluan Haiku yang perlu dipenuhi supaya ianya lengkap. Sebagai contoh, ‘kigo’, iaitu unsur-unsur alam diperlukan dalam penulisan Haiku. Para pelajar mempelajari bahawa Haiku merupakan sejenis puisi dari Jepun yang terlahir daripada jenis-jenis puisi Jepun yang lain. Setelah mempelajari bentuk Haiku, para pelajar diletakkan di kumpulan masing- masing yang diketuai oleh pelajar Menengah Tiga MLEP.
Menerusi aktiviti ini, para pelajar dari Singapura dan Negara Brunei Darussalam berpeluang untuk bekerjasama bagi menyelesaikan satu tugasan. Mereka bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk menghasilkan lima Haiku dengan tema yang berbeza. Setelah itu, para pelajar mengongsikan hasil kerja mereka dengan kumpulan-kumpulan lain serta guru-guru. Menerusi bengkel ini, para pelajar boleh mempelajari jenis sastera di negara lain dan juga berinteraksi dengan para pelajar dari Negara Brunei Darussalam dan Singapura.
Sebagai penutup, keseluruhan pengalaman Program Penyerapan Maya ini menghidangkan pelbagai aktiviti menarik di samping dapat berkenalan dengan rakan- rakan dari Negara Brunei Darulsalam.






























































































   126   127   128   129   130