Page 117 - Tinta Aksara 2021
P. 117
manusia tidak berputus asa malah berusaha untuk menanganinya. Justeru, terdetiklah pengajaran bahawa kita harus redha dan tabah menghadapi segala dugaan dalam kehidupan dan janganlah kita menyombong diri kerana kita hanyalah manusia yang lemah. Persoalan kedua yang timbul dalam babak musim tengkujuh juga adalah persekitaran yang mencabar tetapi juga memberi peluang. Persoalan ini jelas terpapar apabila penulis menyampaikan tentang keburukan musim tengkujuh atau musim hujan. Banjir yang melanda kampung Mak Yah dan Pak Lang tentu sekali merosakkan tanam- tanaman dan menghanyutkan binatang- binatang ternakan penduduk kampung. Banjir tidak sahaja menghanyutkan segala yang hidup malah mengeruhkan air sungai dan membuat kawasan sekeliling berbau busuk. Namun demikian, banjir telah membawa ikan-ikan ke kawasan kampung lalu ini memberi peluang untuk Pak Lang memasang lukah di rumah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Musibah yang berlaku ini ada kalanya memberi peluang dan rezeki
kepada manusia. Ini menyedarkan kita agar tidak mengeluh apabila kehidupan dihimpit kesusahan kerana kesusahan memberi kita peluang untuk belajar dan memanfaatkan situasi. Melalui persoalan persekitaran yang mencabar tetapi tersiratnya peluang, dapatlah pengajaran bahawa kita harus berfikiran positif dan mencari kebaikan ataupeluangdalamsetiapkesusahanatau musibah yang berlaku. Selain itu, persoalan itu juga menimbulkan pengajaran bahawa kita harus percaya bahawa setiap kesusahan yang diberikan oleh Tuhan, akan ada kebaikan dan kemudahannya untuk kita.
Persoalan seterusnya adalah kasih terhadap haiwan peliharaan yang melebihi kasih sayang terhadap suami. Persoalan ini dipaparkan dengan jelas melalui sikap Mak Yah yang sering menghabiskan masanya dengan kucingnya, Tumpuk, sehingga suaminya berasa ketandusan kasih sayang si isteri. Pak Lang berasa bahawa Tumpuk telah merampas isterinya daripadanya kerana Mak Yah asyik melayani anak kucing itu. Perbuatan Mak Yah
115