Page 60 - Tinta Aksara 2021
P. 60
Mendung Akhirnya Cerah
Asheefa Anees Hameed (3/4) Sekolah Menengah Anderson
58
Aku berjalan pulang ke rumah dari sekolah. Titik-titik peluh membasahi dahiku. Aku menyeret kaki aku sambil membawa beg yang berat di bahu. Apabila aku sampai di depan pagar rumah bangloku, aku ternampak seorang wanita bersama anak lelakinya. Budak tersebut kelihatan sekitar dua hingga tiga tahun. Aku memerhatikan mereka dari jauh. Kelihatan seperti mereka sedang membuka sebungkus nasi ayam. Mereka duduk di tepi sebuah tong sampah yang besar beralas kadbod. Wanita itu pun menyuapkan anaknya sebelum memasukkan satu suap ke dalam mulutnya sendiri. Aku berasa amat kasihan melihat mereka. Setelah memerhatikan mereka selama sekurang- kurangnya lima minit, aku pun membuka pintu pagar rumahku dan melangkah masuk. Sementara berjalan masuk, aku teringat akan kisah silamku sendiri sembilan tahun yang lepas.
“Zafir! Mari sini!” suara ibuku kedengaran dari ruang tamu, memanggil aku keluar dari bilik.
Aku keluar bilik ke ruang tamu, menemui ibuku, ayahku dan adik perempuanku, Mira, yang sedang duduk di sofa. Aku mengambil tempat duduk di sebelah adikku.
“Zafir, Mira...Ayah ada perkara penting yang perlu diberitahu kepada kamu berdua,” ayahku membuka bicara dengan nada suara yang lembut.
“Ayah terpaksa menjual banglo kita ini kerana syarikat Ayah dah muflis,” jelasnya dengan nada sedih.
Ayah kemudian, menerangkan bahawa dia banyak berhutang dengan bank. Oleh itu, kami terpaksa menjual rumah kami dan hampir semua barang kami akan djual untuk membayar hutang tersebut. Sebaik-baik sahaja aku menerima berita tersebut, air mata mula bertakung di kelopak mataku. Aku tidak percaya akan kata-kata yang keluar daripada mulut ayahku. Sepanjang hidup aku, aku hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Apa jua yang aku minta, aku akan dapat. Permintaan aku tidak pernah ditolak. Namun, pada ketika itu, semuanya berubah. Aku hanya berumur tujuh tahun. Pada umur semuda itu, aku tidak dapat memahami keadaan Ayah. Namun begitu, aku tidak dapat melarikan diri daripada kenyataan. Dalam beberapa hari sahaja, kami kehilangan rumah dan hampir kesemua barang kami. Kami hanya dapat membawa beberapa helai pakaian dan barang peribadi sahaja.