Page 61 - Tinta Aksara 2021
P. 61

 Kami sekeluarga terpaksa mencari tempat tinggal. Ibu bapaku mencuba sedaya upaya untuk mencari tempat tinggal, namun, mereka tidak berjaya. Oleh sebab itu, kami terpaksa bermalam di pantai. Kami mengalas lantai dengan kadbod. Hidup kami pada ketika itu sangat susah. Pada kebanyakan hari, kami kebuluran kerana tidak mempunyai duit untuk membeli makan. Apabila kami tidak cukup makan, ibu bapaku akan memberikan bahagian mereka kepada aku dan Mira. Selain itu, orang seringkali melihat kami dengan jijik.
Sebelum itu, aku tidak tahu makna kesusahan. Aku bongkak. Sombong. Semua barang yang ibu bapaku belikan untuk aku, aku akan menunjuk-nunjukkannya kepada semua kawanku. Aku memandang rendah terhadap orang yang tidak mempunyai kekayaan yang sama seperti keluargaku. Aku tidak suka bergaul dengan budak-budak yang tidak mempunyai barang yang berjenama seperti aku. Namun, apabila aku mengalami sendiri kesusahan yang dialami orang-orang ini, aku baru tahu dan menyesal.
Kami hidup dalam kesusahan selama dua bulan lebih. Ayah mendapat kerja sebagai seorang pembersih di sebuah tandas awam. Dengan gajinya yang kecil, dia cuba untuk menyarahidupkamidengansebaikmungkin.
Pada suatu hari, selepas ayah pulang dari kerja, dia mendapat panggilan dari saudaranya. Dia telah membeli kembali syarikat ayahku. Sebaik sahaja mendapat
berita tersebut, air mata membasahi pipiku. Aku tidak pernah rasa begitu gembira dalam hidup aku sebelum itu.
Dalam masa dua minggu, kami mendapat sebuah rumah. Walau begitu, ayahku mengambil masa hampir tiga tahun untuk membina semula syarikatnya dengan pertolongan saudaranya. Dengan izin Tuhan, selepas dua tahun lebih, Ayah akhirnya berjaya membangunkan syarikatnya kembali. Bukan itu sahaja, perniagaannya lebih berjaya dari dahulu. Namun begitu, aku tidak lupa kesusahan yang kami alami sekeluarga. Sejak kejadian itu, aku menjadi lebih matang. Aku lebih bersyukur dengan apa yang aku ada dan aku tidak lagi memandang rendah terhadap orang lain. Aku tidak lagi sombong seperti dahulu. Pengalaman benar-benar telah mendewasakan aku.
“Zafir, sudah makan? Ibu ada masak nasi goreng,” suara ibuku membawa aku kembali ke realiti.
“Sudah, Ibu. Tadi, Zafir ternampak seorang wanita bersama anaknya di luar sana. Boleh tak Zafir berikan sedikit nasi goreng yang Ibu masak kepada mereka?”
Ibuku hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Aku pun mengeluarkan bekas plastik dan memenuhinya dengan nasi. Apabila aku memberikan bekas plastik yang berisikan nasi goreng Ibu kepada wanita yang duduk di tepi tong sampah itu, dia mengucapkan terima kasih dengan air mata yang bergenang di kelopak matanya.
59

























































































   59   60   61   62   63