Page 62 - Tinta Aksara 2021
P. 62

 Sa
Nur Maisarah Binte Khairul (3/5) Sekolah Menengah Anderson
 60
Kasihan. Perasaan itu meruap-ruap di dadaku. Aku melihat gambar sebuah keluarga yang besar. Wajah-wajah comel dalam gambar itu mengulum senyuman yang tipis. Namun, di sebalik senyuman mereka, terdapat keperitan dan kesusahan yang tidak dapat aku bayangkan. Hakikatnya, keluarga dua belas beradik itu baru sahaja kehilangan sosok seorang ibu. Kini, tinggallah seorang bapa yang terpaksa membesarkan dua belas orang anak sendirian.
“Linda!” Ibuku memanggil aku dari ruang tamu.
“Makan sekarang!“ Aku bergegas keluar dari bilikku ke meja makan.
Di meja makan, ibuku telah menyiapkan lauk-lauk enak untuk aku dan tiga lagi adik- beradikku. Kami sungguh menghargai masakan ibu pada malam itu. Ibu jarang mempunyai masa untuk bersama kami apa tah lagi memasak untuk kami. Ibu terpaksa bekerja keras - dari pagi hingga ke lewat malam. Ibu keluar untuk bekerja sebelum kami semua bangun dan pulang selepas kami semua sudah tidur. Sebagai anak sulung, hatiku pecah seribu melihat ibuku bekerja dengan bertungkus-lumus merampung untuk keluarga kami sebagai ibu tunggal. Selepas adikku dilahirkan, ayahku telah meninggalkan keluarga kami untuk wanita lain. Kejadian pada hari itu masih segar dalam ingatanku.
Ketika itu, aku masih kecil. Ayahku membawa sebuah bagasi dan mahu keluar dari rumah. Di pintu pagar rumahku, ibuku berlutut
diiringi air mata jernih berlinangan mengalir di pipinya. Ibuku merayu kepada ayahku agar jangan pergi tetapi ayahku menendang ibuku lalu keluar dari rumah. Ibuku memeluk aku dengan erat sambil bergumam, “Ibu minta maaf.” Kolam mataku berkaca. Aku diselubungi perasaan benci melihat Ayah pergi. Sampai ke hari ini, Ibu menyalahkan dirinya walaupun kami tahu bahawa Ibu sama sekali tidak bersalah. Sejak hari itu, aku berjanji untuk berbakti kepada ibu.
Di sekolah, aku ke kedai buku kerana harus membeli pena hijau. Terlihat dua orang kanak-kanak kecil di hadapan aku yang mahu membeli sebuah buku teks. Setelah memerhatikan mereka, aku mendapati bahawa mereka sepasang kembar. Aku tidak boleh membezakan mereka. Salah seorang daripada mereka mengatakan kepada pekerja kedai buku itu,
“Aunty, berapakah harga satu buku teks Matematik?”
Pekerja itu tanya, “Satu sahaja?”
Mereka menjawab, “Ya, kami hanya mampu berkongsi.”
Selepas mendengar jawapan mereka, aku diselaputi perasaan pilu. Akhirnya, mereka hanya membeli sebuah buku teks untuk di kongsi bersama. Mereka berjalan ke arah kantin.
Aku berfikir, “Adakah aku perlukan pena ini?” Aku mengira wang dalam dompetku.




















































































   60   61   62   63   64