Page 64 - Tinta Aksara 2021
P. 64
Jantungku berdegup-degup kencang. Titisan peluh mula membasahi dahiku sambil aku menanti penutup cerita ini. Mataku bergerak pantas, menyusuri ayat demi ayat. Aku berlumba mencari jawapan pada persoalan yang sering bermain dalam mindaku. Gambaran peristiwa-peristiwa yang menakutkan mematah semangatku untuk memperjuangkan misiku. Kini, aku berasa seolah-olah aku dipanah ke angkasa lepas, dan tiada apa yang mampu menghalang aku.
“Abu! Telefon kau berdering sejak tadi! Takkan engkau tak dengar? Emakkau yang dah uzur ini masih boleh dengar lebih baik,” jerit emak.
Aku yang sedang hanyut dalam arus imaginasi tiba-tiba diseret ke alam realiti. Aku bayangkan alat komunikasi tersebut seolah- olah tersenyum sinis terhadap aku. Aku bingkas merampas telefon tersebut daripada genggaman ibuku yang sibuk meneliti skrin, mencari identiti orang yang telah merosakkan pagi sempurnaku.
Suara garau bosku berdesing di telingaku. Dahiku berkerut umpama kertas yang telah diramas berkali-kali. Bukankah hari ini hari Ahad, hari cutiku? Aku mencapai kalendar yang sentiasa duduk rapi di atas meja untuk memastikan bahawa aku benar-benar tidak diperlukan di tempat kerja. Tidak sempat aku bertanya sebab aku diganggu, bosku mula menerangkan situasi di tempat kerjaku dengan tahap kelajuan yang setanding dengan bullet train di Jepun. Rupa- rupanya, terdapat kecemasan di stesen MRT disebabkan masalah teknikal. Walaupun sebahagian mindaku cuba meyakinkan diri bahawa aku sepatutnya menghulurkan bantuan, aku lebih yakin bahawa membaca buku kegemaranku lebih penting berbanding denganmasalahteknikalyangtidakmungkin mempunyai impak yang besar.
Permintaannya membuat aku teringin untuk menggantung sahaja panggilan tersebut. Namun, nasib tidak menyebelahi aku. Ibuku memandang aku dengan jelingan yang tidak berani kutentang. Terpaksalah aku bersetuju dengan permintaaan tersebut.
Ambil Perhatian
Nur’Aisyah Binte Mohamed Ali Imran (3E5) Sekolah Menengah Anderson
62