Page 63 - Tinta Aksara 2021
P. 63

  “Aunty, saya mahu beli satu buku teks Matematik yang dibeli budak tadi.”
Aku membeli buku teks itu dan cuba mencari mereka di kantin. Aku berasa amat sedih melihat mereka. Mereka sedang berkongsi satu pinggan nasi.
Aku berjalan ke arah mereka dan memberikan buku itu kepada mereka. Mereka kelihatan bingung. Aku mengambil tempat di sebelah salah seorang si kembar. Aku menarik nafas.
“Hai. Saya Linda.
Hm... Buku ini untuk awak. Saya belanja, okey?”
Mereka tersenyum, menampakkan barisan gigi mereka. Aku dapat melihat kesyukuran dan kegembiraan pada mata mereka. Mereka menerangkan bahawa keluarga mereka dalam keadaan susah. Menurut mereka, mereka ada sepuluh adik-beradik yang lain. Aku teringat artikel yang telah aku baca tempoh hari.
“Eh, ibu awak juga telah meninggal dunia, ya?” Mereka mengangguk kepala.
Pada malam itu, aku terfikir tentang keadaan mereka. Ibu mereka telah meninggal dunia. Bapa mereka ayah tunggal yang bekerja dan menjaga semua anak-anaknya. Beberapa persoalan bermain dalam fikiranku.
“Adakah mereka mempunyai kesukaran membiayai perbelanjaan seharian? Siapakah yang menjaga anak-anak itu ketika ayahnya bekerja?”
Aku sedar keperitan yang dirasakan mereka tidak akan aku fahami sebenar-benarnya. Aku tidak boleh bayangkan apa yang akan berlaku kepada aku jika kehilangan ibuku. Pasti mereka ada kesukaran mencari wang yang cukup untuk membiayai keperluan keluarga.
Aku berkongsi cerita ini di media sosial dengan sepupuku, seorang pempengaruh Instagram, yang mempunyai beberapa ribu pengikut. Aku mengumpulkan semua derma termasuk sumbangan daripada rakan- rakanku, keluargaku dan pengikut sepupuku. Akhirnya, kami berjaya mengumpulkan lima ribu dolar. Aku bertekad untuk terus menolong mereka kerana berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sekurang-kurangnya,akudapatmeringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mereka.
61























































































   61   62   63   64   65