Page 79 - Tinta Aksara 2021
P. 79

 mereka untuk membesarkan aku. Mereka bertiga telah banyak memberikan sokongan dalam pelajaran. Namun, kebahagiaan hanyalah sementara. Masalah timbul tanpa kuduga.
Kak Tiana terdengar ketukan pintu dari luar bilikku. Dengan cepat, dia bergegas ke arah pintu dan membukanya. Wajah Ayah biasa sahaja. Ayah masuk ke bilikku lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku. Ayah membelikan makanan untuk kami bertiga. Perbuatan Ayah itu membuat aku rasa tidak sedap hati dan mencurigakan.
“Eh, Kak Tiana pun dapat makanan?” tanyaku dalam kebingungan. “Mana makanan untuk Ibu?”
Ayah tersenyum lalu menjawab, ”Kak Tiana banyak membantu kita. Apa salahnya jika Ayahmembalasjasanya?”kataAyahdengan lembut.
Aku hanya menganggukkan kepalaku walaupun hakikatnya aku tidak bersetuju dengan kata-kata Ayah. Kak Tiana kembali duduk bersama kami. Dia tersenyum apabila mendapati makanan yang kelihatan lazat itu makanan kegemarannya. Selepas makan, Ayah dengan rela hati menghantar Kak Tiana pulang ke rumahnya. Aku kurang senang melihat keakraban Ayah dan Kak Tiana. Walaupun perbuatan Ayah itu agak tidak wajar bagi aku, apakan daya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Senyuman lebar pada wajah Kak Tiana membuktikan spekulasiku. Namun, aku menolak prasangka buruk dan cuba menenangkan fikiranku. Tidak mungkin, kan? Masalah orang dewasa, jangan hiraukan sangat! Aku mengemas beg sekolahku dan cuba melelapkan mata. Aku berharap agar Ibu segera pulang, mengisi kekosonganku.
Mentari memancarkan cahayanya. Jam dinding menunjukkan pukul tujuh pagi. Aku terdengar perbualan yang agak lantang di bilik Ibu dan Ayah. Ada yang tidak kena pada Ayah dan Ibu. Aku pun
merapatkan telinga di balik daun pintu untuk mendengarkan perbualan mereka.
Ibu menyuarakan kerisauannya sementara Ayah pula menyatakan kekesalannya. Aku menyedari, pertengkaran bermula kerana Ayah tidak pulang ke rumah semalaman dan ini membuatkan Ibu risau. Ayahku cuba mengelakkan soalan Ibu yang bertubi-tubi. Tidak lama kemudian, perbualan mereka terhenti. Apabila aku mendengar bunyi tapak kaki seseorang berjalan ke arah pintu, aku dengan pantas bergegas ke tandas seperti lipas kudung. Dari pertengkaran mereka, hanya satu yang dapat kurumuskan, Ayah telah melukai hati Ibu.
Hari berlalu dan gerak-geri Ayah semakin mencurigakan. Dia sering menemani aku semasa sesi tuisyenku. Ayah sering merenung wajah Kak Tiana dan perbuatannya ini membuat aku kurang selesa. Ayah akan cepat berang apabila Ibu bertanya tentang sikapnya yang semakin berubah.
Pada mulanya, aku hanya membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan kerana tidak mahu masuk campur dalam hal dan masalah mereka. Namun kesabaranku teruji sewaktu sekembalinya aku dari sekolah. Baru sahaja aku menjejakkan kaki di ruang tamu rumahku, aku ternampak Ibu menolak Ayah. Air mata bergenang di kelopak mata Ibu. Walaupun Ibu dalam kesedihan, Ayah masih meninggikan suaranya. Pertengkaran hangat yang berlaku di depan mataku membuat aku terasa amat sedih. Mengapakah perkara ini berlaku dalam keluargaku? Siapakah punca dan penyebab masalah keluargaku ini?
Dengan cepat aku menepis tangan Ayah yang cuba memukul Ibu. Air mata mula membasahi pipiku. Selepas beberapa saat kemudian, Ayah berlalu pergi dengan wajah yang berang. Ibu memeluk aku dengan erat dan mulai hari itu, bibit-bibit keretakan rumah tangga Ibu dan Ayah dapat kurasakan.
Sejak kejadian itu, Ayah tidak lagi pulang ke rumah. Kak Tiana pula mendiamkan
77






















































































   77   78   79   80   81