Page 78 - Tinta Aksara 2021
P. 78
Aroma makanan yang dimasak oleh Ibu pada hari itu menusuk hidungku. Aku bingkas ke dapur dan kulihat Ibu sedang menyediakan makanan untuk sarapan pagi. Dengan perlahan, aku berjalan ke arah Ibu dan memeluknya dengan erat dari belakang. Ibu tergelak perlahan dan menoleh untuk melihat wajahku.
“Selamat pagi, Ibu! Ibu masak apa itu?” aku bertanya dengan nada manja.
Ibu mengajak aku ke meja makan yang tersaji dengan pelbagai makanan yang kelihatan lazat dan
menyelerakan. Bunga-
bunga keriangan
mengembang dalam
hatiku apabila aku
terlihat makanan
kegemaranku tersaji
di atas meja. Kami
berdua menikmati
hidangan yang disaji
sambil berbual-bual.
Ibu memberitahu aku
tentang perniagaannya
yang sedang
berkembang maju.
Aku berasa bangga
dengan kejayaan Ibu, berkat kerajinan dan ketabahannya selama ini. Aku juga berkongsi tentang pengalamanku pada hari itu. Selepas dua tahun bertungkus-lumus, kini, aku dapat memburu impianku mendalami bidang psikologi. Banyak onak dan duri
yang terpaksa aku harungi, namun akhirnya, mentari menerangi titianku, lembah yang gelap kutinggalkan berlalu.
Orang menyangka kehidupan kami berdua bahagia selalu tetapi tiada sesiapa mengetahui kegelapan yang kami lalui sebelum ini. Aku terkenang pengalaman pahit yang terpaksa kami hadapi pada masa lalu. Kenangan itu tersemat di hatiku sehingga kini. Pada masa itu, aku baru berumur lima belas tahun tetapi kejadian itu memusnahkan
keharmonian keluargaku.
Kak Tiana, guru tuisyenku, cantik orangnya. Dia seorang perempuan
yang bertimbang rasa dan bijaksana. Dia juga kawan baik Ibu dan sering membantu Ibu semasa Ibu menghadapi tekanan. Kak Tiana sering mengunjungi rumah kami apabila Ibu terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk menemani aku. Pada masa yang sama, ayahku juga akan menemani kami apabila dia pulang kerja, menjadikan suasana lebih ceria. Sejujurnya, aku menghormati Kak Tiana kerana budi pekertinya itu. Aku juga menyayangi Ayah dan Ibu atas usaha
Awan Gelap Sudah Berlalu
Nur Nadya Bte Muhammad Hermi (203) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
76