Page 76 - Tinta Aksara 2021
P. 76

 74
“Amar! Mama buat apa ni?” teriakku.
Aku bergegas menuju ke arah adikku dan mataku terbeliak melihat lebam-lebam di tubuh kecilnya yang berusia sembilan tahun. Jantungku bergoncang bagaikan mahu memecahkan rangka dadaku apabila melihat darah yang menitis dari kepala Amar. Aku memandang Mama. Tanganku terketar-ketar.
“Sanggup Mama buat begini kepada anak Mama sendiri?”
Aku masih terkejut dengan apa yang dilakukan Mama terhadap Amar. Aku faham Mamaseorangyangpanasbaran.Mama ada masalah mengawal perasaannya. Sejak pemergian Ayah, Mama menggalas tanggungjawab menyara hidup keluarga sendirian. Hal ini menyebabkan Mama tertekan. Panas barannya semakin menjadi-jadi. Mama sering melampiaskan kemarahannya kepada aku dan Amar. Tali pinggang menjadi senjata Mama. Kalau Ayah masih ada, nasib aku dan Amar akan terbela. Ayahlah pelindung kami. Namun, tiada alasan bagi Mama mencederakan anak sendiri!
“Engkau tahu tak, adik kau ini bergaduh dengan rakannya? Pengetua sekolah telefon aku untuk membawanya pulang. Budak tidak guna! Ishh, menyirap darah aku!” jerit Mama.
Aku terkilan. Hanya disebabkan itu, Mama telah membelasah Amar sehingga dia tidak mampu berjalan? Mama terus melemparkan kata-kata kesat kepada aku.
“Engkau dan adikkau hanya membebankan aku!”
“Anak tidak guna!” “Anak derhaka!”
Berhamburan kata-kata kesat keluar dari mulut Mama.
Mulutku terkunci. Hatiku terkatup. Aku tenggelam dalam kekecewaan terhadap wanita yang telah melahirkan aku. Aku benar-benar berkecil hati terhadap Mama.
Walaupun Mama pernah memukul aku dan Amar, ia tidak seteruk ini.
Aku pulang ke rumah dengan harapan bahawa aku dapat menyambut kejayaanku bersama keluarga yang tercinta. Namun harapan itu hancur berkecai umpama kaca terhempas ke batu. Setiap kali aku cuba untuk menikmati kebahagiaan, sesuatu pasti akan berlaku untuk memusnahkan harapanku. Apalah dosa aku dan Amar sehingga menerima nasib sebegini?
“Akumenyesalmelahirkanengkauberdua!” Aku tersentak. Pada saat itu, panas hatiku menggoncangkan sekelumit keimanan yang bertapak di hatiku. Hilang semua kesabaranku. Aku tidak dapat mengawal kemarahanku lagi.
“Kalau Ayah masih ada, Ayah juga akan menyesal berkahwin dengan Mama!” jeritku.
Wajah Mama berubah menjadi pucat seperti mayat. Aku lihat matanya mula berkaca. Tanpa berkata apa-apa, dia terus menghayunkan kaki keluar dari rumah. Pada saat itu, hanya bunyi cengkerik memenuhi suasana.
Tiba-tiba, rasa bersalah menggamit diriku. Adakah aku telah melukakan hati Mama? Walaupun dia bersalah, dia tetap ibuku. Aku patut menghormatinya sebagai orang tuaku. Aku memandang ke arah Amar yang masih lagi dalam pangkuanku. Melihat keadaan Amar, hatiku kembali mengeras.
Aku mengesat air mata yang membasahi pipi Amar dan mengangkatnya ke bilik. Memang patut pun Mama kecil hati terhadap kata- kataku. Hal ini tidak ada apa-apa berbanding dengan apa yang telah dilakukannya terhadap kami. Aku hanya menyapu krim antiseptik pada luka Amar tetapi luka dalam hatinya, tidak boleh diubati.
Setelah menidurkan Amar, aku termenung sambil memandang bintang kecil yang menghiasi langit malam. Tiba-tiba aku risau tentang Mama. Empat jam sudah berlalu dan Mama masih belum pulang. Kekesalan menyelubungi hatiku. Aku tidak sepatutnya
















































































   74   75   76   77   78