Page 74 - Tinta Aksara 2021
P. 74
aku atau memerlukan aku. Ke mana sahaja aku pergi, aku pasti akan ditertawakan dan tidak diterima. Tiada gunanya jika aku terus hidup- lebih baik jika aku mengakhiri riwayatku. Aku berdiri dan mula berjalan ke arah tangga menuju ke tempat meletak kereta bertingkat. Aku sudah membuat keputusan. Sambil menaiki tangga menuju ke tingkat yang tertinggi aku sempat melemparkan pandangan ke arah unit rumah Kamilah. Untuk sesaat aku fikirkan sama ada apa yang aku hendak lakukan betul atau tidak. Tidakkah aku berjanji kepada diriku supaya tabah menghadapi segalanya kerana Kamilah? Namun, aku mengubah fikiranku. Aku bukan Kamilah, aku tidak sekuatnya.
“Maafkan aku, Kamilah,” detik hati kecilku.
Tatkala aku tiba di bumbung tempat meletak kereta bertingkat, hujan memukul badanku tanpa belas kasihan. Aku menggigil menahan kesejukan yang menggigit hingga ke tulang dan mula membuka langkah menuju ke arah tepi bangunan. Apabila aku melihat ke bawah, debaran jantungku memukul dadaku dan ketakutan mula bergayut di sudut hatiku. Terlalu tinggi. Aku tidak tahu sama ada aku harus meneruskan niatku. Aku mula teringat semua memori indah bersama keluargaku - sambutan ulang
“Mira!” Tanganku ditarik dari belakang dan aku jatuh tersembam ke lantai. Aku mendongak dan wajah Kamilah berada di hadapanku. Aku merasakan tangannya mendakap aku dengan erat.
“Walau betapa peritnya kehidupan kau ini, kau tidak seharusnya berputus asa! Aku tidak tahu apa yang telah kau lalui tetapi aku tahu, kau seorang yang kuat. Jangan mensia- siakan hidup kau begini,” kata-kata Kamilah benar-benar membuat aku sedar.
Aku tidak sepatutnya mengakhiri riwayatku. Masih ada banyak lagi perkara yang menantikan aku di dunia ini. Aku kuat. Aku boleh melalui semua ini. Untuk kali pertama, aku mempercayai kata-kataku.
“Mira, jangan berkhayal. Nanti kamu tidak sempat habiskan tugasan itu,” suara ibuku membawaku pulang ke realiti.
Ya, ibuku. Pada hari itu, aku telah memberitahu ibu bapaku segala yang terbuku di dalam hatiku. Mereka telah meminta maaf kepada aku kerana tidak memberikan perhatian kepada aku sepertimana yang patut dilakukan. Walaupun mereka sudah bercerai, aku tetap rasa bahagia. Aku sangat
bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang kedua kepada aku untuk menikmati hidup. Sekarang aku sedang belajar di Maktab Rendah Raffles dan tidak lama lagi a k u a k a n m e l a n j u t k a n pelajaranku di Universiti Stanford. Aku melihat semula gambarku bersama Kamilah lalu tersenyum. Aku sudah tahu apa yang hendak
aku tulis.
‘Terima kasih, Kamilah kerana
tahunku yang kelima,
bermain dengan
anak patung bersama
bapaku dan ibuku
membacakan cerita
dongeng sebelum aku
tidur. Namun segala
kenangan itu terus
hilang apabila memori
yang buruk seolah-
olah melemaskan aku
seperti tsunami. Dibuli,
dibelasah, dibuat seperti sampah.
Tidak dihargai. Tidak disayangi.
Arus fikiranku seolah-olah terhenti.
Aku mengambil satu langkah ke
hadapan, bersedia untuk menikmati
kebahagiaan. menunjukkan
aku jalan yang benar.’
72