Page 73 - Tinta Aksara 2021
P. 73

 “Diam! Jangan nak menangis di hadapan kami! Menyampah aku tengok!” Suara Sofia memukul gendang telingaku.
“Lagipun, bukankah ibu bapa kau kaya? Mintalah daripada mereka jika kau mahu duit lebih!”
Kata-kata mereka bagai merobek ranting- ranting semangatku. Aku terus beredar dari situ, meninggalkan Sofia dan Dila yang ketawa berdekah-dekah. Beberapa titik air jernih membasahi pipiku namun aku tidak mengelapnya. Biarlah mereka mengambil dompetku, aku harus kuat dan tidak menyerah kalah kepada pembuli seperti mereka. Aku menggalas beg sekolah lalu berjalan pulang ke rumah.
Tatkala aku tiba di pagar sekolah, bunyi guruh di langit sahut menyahut. Kilat sambar- menyambar. Aku menyeluk poketku untuk membayar tambang bas untuk pulang ke rumah. Tangan aku terhenti apabila aku teringat Sofia dan Dila telah mengambilnya. Aku juga terlupa untuk membawa payungku. Sambil mengeluh, aku pun melangkahkan kaki pulang dalam hujan ribut ini. Tubuhku terus dibasahi hujan lebat. Petir dan kilat sabung-menyabung. Aku mula menggigil rasa kesejukan. Namun aku rasa ... tenteram, seperti semua ini hanya menggambarkan jiwaku. Semuanya gelap, langsung tiada seinci pun kebahagiaan.
Tanpa kusedari, titisan air mata jatuh berguguran dari kelopak mataku. Aku telah lama memendam segala perasaan yang aku alami kerana aku tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapaku. Aku cuba sedaya upaya untuk berjaya dalam pelajaranku tetapi segala usahaku seperti mencurah air ke daun keladi. Malah, ini hanya membuat mereka bergaduh. Setiap hari, setiap malam, aku terpaksa menutup telingaku untuk mengelakkan diriku daripada dipukul oleh lontaran kata-kata kesat mereka. Aku tahu semua ini salahku dan mereka bertengkar disebabkan aku. Jika aku cemerlang dalam mata pelajaranku, sudah pasti keluargaku akan gembira dan bahagia. Sudahlah aku gagal dalam kesemua subjekku, aku juga tidak dilayan dengan baik
sama ada di rumah mahupun di sekolah.
Walau apapun yang aku lakukan, tiada orang yang sanggup menerima seseorang yang bodoh seperti aku, kecuali Kamilah jiranku. Kamilah seorang gadis yang tempang sebelah kaki dan juling matanya. Meskipun Kamilah tidak sesempurna kita, dia seorang yang bersifat penyayang dan bertimbang rasa. Dia juga menjadi penyebab aku tidak berputus asa. Walaupun dia selalu diperlekehkan kerana keadaannya, Kamilah sentiasa berfikiran positif dan kuat menghadapi kritikan orang lain. Jika Kamilah boleh melakukannya, sudah pasti aku boleh. Aku tahu aku harus kuat untuk diriku dan Kamilah.
Setelah beberapa minit, aku pun sampai di rumahku. Apabila aku hendak membuka pintu rumahku, aku terdengar suara milik ibu dan bapaku dari dalam. Aku tercegat di muka pintu mendengar pergaduhan mereka.
“Anak engkau sudahlah lemah dalam semua subjeknya, sebagai seorang bapa engkau sepatutnya mengajarnya!” jerit ibuku.
“Dia juga anak engkau! Engkau yang sepatutnyamendidiknya!”balasayahku.Aku meneguk air liurku. Bagaimanakah mereka tahu tentang keputusan peperiksaanku?
“Andainya aku dapat memutarkan masa, sudah tentu aku tidak akan melahirkan Mira! Budaktidakberguna,samasepertiayahnya!”
Kata-kata yang keluar dari mulut ibuku sendiri benar-benar racun berbisa yang mematikan semangat hidupku. Hatiku bagai dihiris dan tiada penawar yang dapat menghilangkan parut lukanya. Aku benar-benar kecil hati dengan ibuku. Antara semua orang di dunia ini, mengapakah wanita yang telah melahirkan aku harus berkata demikian? Segala derita yang aku alami selama ini tidak lagi terpendam.
Juraian air mata mengalir di pipiku. Aku terjelepok dan menyandar berbelakangkan tembok lalu menutup wajahku dengan tanganku. Tiada orang yang menghargai
71





















































































   71   72   73   74   75