Page 71 - Tinta Aksara 2021
P. 71

 “Puan, keadaan anak Puan semakin stabil dan pihak hospital akan mengaturkan sesi fisioterapi baginya. Mudah-mudahan, anak Puan dapat kembali kepada keadaan normal secepatmungkin,”terdengarpulaperbualan ibuku dengan seorang doktor di luar wadku.
Terbayang cahaya di hadapanku. Harapanku untuk pulih kembali cerah. Aku dapat mengubah nasibku dan malapetaka ini akan berakhir.
Doktor Nellie, pakar fisioterapi datang untuk membuat pemeriksaan ke atas diriku. Dia membantu aku turun dari katil hospital untuk berjalan secara kaki ayam di atas lantai perlahan-lahan. Sebaik-baik sahaja tapak kakiku menginjak lantai yang dingin itu, secara mendadak aku mengerang kesakitan. Aku terus menyerah kalah. Aku enggan meneruskan langkahku.
“Bertenang, Hana. Mula-mula, memanglah sakit. Hana mesti teruskan secara perlahan- lahan. Tubuh Hana masih lemah sedikit. Percayalah, Hana boleh melakukannya!” dorong Doktor Nellie.
“Hana, Ibu tahu fisioterapi ini lama dan mencabar prosesnya tetapi inilah satu- satunya cara untuk Hana kembali seperti dahulu. Hana mahu hidup berterusan dengan menggunakan kerusi roda? Bagaimanakah dengan masa hadapan Hana nanti? Kawan- kawan Hana juga merindui Hana. Bersabar, ya, sayang,” kata-kata ibuku bagaikan menusuk ke dalam hatiku.
Kata-kata Doktor Nellie dan Ibu seolah- olah memancarkan cahaya harapan kepada aku dan menyedarkan aku bahawa akulah penentu hidupku pada masa hadapan. Aku tidak mahu hidup dengan penuh penderitaan. Aku hanya mementingkan diri sendiri jika aku tidak menghadiri sesi fisioterapi untuk memulihkan keadaanku. Aku tidak mahu lagi hidup bergantung pada kerusi rodaku atau pada orang lain. Aku tidak mahu menjadi beban!
Perlukah aku menangis lagi? Begitu lemahkah aku? Tidak, aku tidak lemah, sama sekali tidak!
Dengan seluruh sisa-sisa tenagaku, aku mencuba sekali lagi. Aku menahan kesakitan yang menusuk ke seluruh kakiku lalu meneruskan langkahku seperti yang ditunjukkan oleh Doktor Nellie. Aku membulatkan tekadku untuk mengatasi rintangan ini.
Hari silih berganti dan sudah enam bulan aku menghadiri sesi fisioterapi tersebut secara konsisten. Sokongan daripada keluargaku dan Doktor Nellie telah mendorong diriku untuk tidak berputus asa. Keadaanku pula bertambah baik dan aku boleh melakukan beberapa perkara sendiri. Wajah ibuku memancarkan sinar kegembiraan apabila aku dapat menyuap makananku sendiri. Aku mula mampu untuk menyalin pakaian tanpa bantuan orang lagi. Pencapaianku ini sudah cukup untuk mendorong aku untuk terus melalui segala onak dan duri dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Walaupun proses penyembuhan amat pahit dan sukar, cabaran tersebut dapat kuatasi dengan semangat yang membara. Bagi aku, genggam bara api biar sampai jadi arang.
“Ibu, lihat Hana sudah boleh berjalan!”
Aku melepaskan tanganku daripada pegangan tersebut dan berjalan perlahan- lahan menuju ke arah ibuku.
 69























































































   69   70   71   72   73