Page 69 - Tinta Aksara 2021
P. 69

 “Akil, kau tak kasihankan emak engkau? Dahlah dia kerja keras, tak cukup rehat, sekarang dapat serangan sakit jantung pula. Dia buat semua ini kerana dia sayang akan engkau, tahu tak? Tolonglah, pergi sekolah. Jangan bebankan mak engkau lagi,” rayu Puan Aini secara terus terang dalam nada yang tegas.
Setelah Puan Aini pulang ke rumah, aku mendekati ibuku lalu mencium dahinya. Air mataku berlinangan tanpa henti.
Aku mula berbisik ke telinganya dengan perlahan,“AkiljanjiakanbuatMakbangga.”
Pada keesokan harinya, kata doktor Ibu berada sudah dalam keadaan stabil dan mula sedar walaupan masih lemah. Dalam masa seminggu, ibu dibenarkan pulang ke rumah. Aku mahu menepati janjiku itu. Aku mula
menghadirisekolahdanmemerahotakuntuk belajar. Ibu dan guru-guru sekolah dapat melihat prestasiku di sekolah bertambah baik. Aku juga menjauhkan diriku dari kawan- kawan aku yang berpengaruh buruk. Kerja kerasku itu membuahkan hasil dan aku muncul sebagai pelajar terbaik di dalam kelas! Kalaulah dari dahulu aku begini...
Selang 15 tahun, aku kini memiliki perniagaan sendiri yang berjaya dan bekerja sebagai penceramah motivasi sambilan. Aku pasti tidak dapat mencapai kejayaan ini jika bukan kerana kejadian yang menimpa ibuku, dan kata-kata Puan Aini yang meninggalkan kesan mendalam dalam diri aku. Sekarang, aku bersama Ibu dapat tinggal di dalam rumah bangloku yang besar dan menjalani kehidupan kami dengan penuh kemewahan. Aku percaya bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.
 67




























































































   67   68   69   70   71