Page 68 - Tinta Aksara 2021
P. 68

 Kesedaran
Syed Shakeel Bin Syed Mohammed Daneil Alkaff (3/4) Sekolah Menengah Anderson
 66
Hidupku bagaikan perahu yang sedang hanyut dibawa arus yang sedang bergelora. Sejak ayahku meninggal dunia disebabkan barah, keluargaku terhumban ke dalam lembah hidup yang penuh dengan onak dan duri. Ibuku terpaksa mencari nafkah dan bekerja sebagai seorang pembersih supaya dapat menyara hidup kami.
Ibuku seorang yang ringan tulang dan mempunyai keazaman yang tinggi. Dia juga seorang yang baik hati dan gemar menolong orang.
Aku pula seorang yang pemalas. Aku sering gagal dalam mata pelajaranku dan jarang hadir ke sekolah. Oleh sebab aku ingin diterima oleh rakan-rakan dan tidak mahu berasa terpinggir, aku menuruti kata-kata kawanku. Aku merokok dan tidak menghadiri sekolah. Disebabkan itu, persekolahan aku digantung. Aku selalu dimarahi dan dinasihati Ibu supaya belajar dan jangan bergaul dengan orang yang berpengaruh buruk. Namun, aku tidak peduli.
“Akil, tolonglah, jangan susahkan Mak. Pergilah ke sekolah. Engkau masih muda, jangan sia-siakan kehidupan kau sebab benda-benda merepek ni. Tolonglah, Nak! Apabila Akil dah besar, hanya pelajaran yang boleh menolong Akil punya masa depan yang baik,” rayu Mak.
Air matanya jatuh membasahi pipinya. Aku hanya berdiam diri. Kata-katanya itu berkecamuk dalam fikiranku.
Beberapa hari kemudian, ketika aku dan kawan-kawan yang lain sedang menghisap rokok di bawah kolong blok seperti biasa, aku menerima panggilan daripada seseorang jururawat bahawa ibuku sedang berada di hospital. Mulutku terkunci. Hatiku seolah- olah tenggelam dalam kepiluan. Aku terkejut mendengar kata-katanya itu. Tanpa membuang masa, aku bergegas ke hospital. Aku menaiki bas SBS bernombor 969 dan menuju ke Hospital Besar Singapura.
Kilat sambar-menyambar disusuli bunyi guruh berdentam-dentum. Setibanya di hospital, aku menuju ke wad kecemasan untuk mencari ibuku. Aku mendapat tahu bahawa ibuku mengalami serangan jantung dan rebah di lantai semasa bekerja. Impak di kepalanya itu menyebabkan dia berada keadaan dalam koma. Bendungan air mataku pecah lalu membasahi pipiku. Aku cuba menahan air mata namun bertambah kelam. Aku berada di sisi ibuku untuk menantinya sedar semula. Semasa aku menunggu, kawan ibuku, Puan Aini, datang untuk melawat selepas jururawat menelefonnya. Semasa lawatannya itu, dia telah bercerita kepadaku tentang ibu yang sangat berhati mulia dan ringan tulang. Dia telah menceritakan bahawa ibu bekerja keras walaupun sakit supaya aku dapat menjalani kehidupan yang baik. Disebabkan tekanan di tempat kerja dan tidak cukup rehat, ibu mengalami serangan jantung.

























































































   66   67   68   69   70