Page 67 - Tinta Aksara 2021
P. 67
Setelah mendengar berita itu, aku rebah ke lantai dan telefon bimbitku tergelincir lepas daripada genggamanku. Bendungan air mataku pecah dan aku mula menangis teresak-esak. Kata-kata Sultan itu menikam terus ke jantungku dan hatiku menjunam ke paras yang terlalu parah. Hari itu memang hari yang paling celaka dalam kehidupanku. Dunia ini dan kewujudanku tidak bermakna lagi.
Tidak terlintas dalam fikiranku yang aku akan menguruskan jenazah anakku sendiri. Perasaan sedih menyelimuti rumahku. Aku menutup mata dan berdoa agar anakku ditempatkan di Jannatul Firdaus bersama ahli-ahli syurga yang lain. Setelah aku berdoa, perasaan tenang memenuhi diriku. Aku reda dengan kenyataan ini. Dengan semangat waja, aku pun bergegas ke kamar untuk mengambil dompet dan kunci rumahku kemudian, menelefon ahli keluargaku yang lain dan memberitahu mereka berita malang ini. Aku pun pergi
ke Hospital Khoo Teck Phuat untuk membawa pulang jenazah anakku.
Beberapa hari kemudian, apabila aku sedang mengemas bilik Hamida, aku telah ternampak sebuah beg tangan kecil yang berwarna
coklat dan kuning. Itu beg kegemaran Hamida.
Air mataku pun mula
mengalir kerana perasaan rindu yang tidak terbendung. Apabila aku memegangnya, aku berasa seperti ada benda di dalamnya. Dengan pantas, aku pun membuka beg itu lalu melihat tasbih hijau yang aku telah dihadiahkan kepada Hamida beberapa tahun lalu. Di sisinya, aku ternampak sebutir emas yang berkilauan. Cincinku! Kuntum kegembiraan mengembang di hatiku sekaligus menghalau debaran yang memukul dadaku. Aku telah mendapat kembali cincinku.
Namun, malang sekali aku telah menemuinya dalam situasi ini. Walau bagaimanapun, aku tetap akan menganggap insiden ini sebagai tanda bahawa anakku berada di tempat yang lebih baik dan dia tidak mahu aku berasa duka. Tanpa perasaan ragu-ragu, aku pun memakai cincin itu di jari manis tangan kananku. Aku mengagumi batu zamrud
merah yang terletak di tengah cincinku kerana batunya sedang berkilauan dengan terang. Pada saat itu, aku telah berjanji kepada diriku bahawa aku tidak akan menghilangkan cincin
kesayanganku lagi.
65