Page 72 - Tinta Aksara 2021
P. 72

  ‘Pasti ada hikmah di sebalik apa sahaja yang berlaku’.
Aku meletakkan penaku dan melihat semula eseiku. Walaupun semuanya kelihatan sempurna, aku dapat rasakan di lubuk hatiku bahawa ada sesuatu yang tidak lengkap. Seperti ada yang aku lupa. Sesuatu yang penting yang patut dimasukkan ke dalam eseiku. Gerak mataku tertuju ke bingkai gambar yang terletak di atas meja tulisku.
Lantas, aku mencapainya dan menatap gambar aku bersama Kamilah. Kenangan pahit manis dan suka duka bersamanya bermain dalam kotak fikiranku. Ingatanku kembali menjangkau masa lalu.
“Jangan ambil, tolonglah ...” rayuku. Aku cuba meraih simpati Sofia dan Dila. Aku cuba mengambil dompetku kembali tetapi panahan tajam mata Dila yang amat menggetarkan kalbu membuat aku beku.
Aku Kuat
Nur Halimatus Saadiah Binte Md Idros (204) Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang
                                 70




























































































   70   71   72   73   74