Page 77 - Tinta Aksara 2021
P. 77
menyinggung perasaan Mama. Lagipun, bukan salah Mama jika dia mempunyai masalah mengawal emosinya. Menurut Ayah, Mama pernah mendapat rawatan di IMH (Institute of Mental Health) semasa baru berkahwin dahulu. Mama mempunyai masalah mengawal kemarahannya sejak kecil. Mujurlah Ayah sedar bahawa Mama memerlukan rawatan pakar. Mama beransur pulih. Namun Ayah harus memastikan bahawa Mama tidak tertekan. Keadaan Mama stabil sehingga Amar dilahirkan. Mama mengalami kemurungan yang berlarutan. Mama mudah berang. Akibatnya aku dan Amar sering menjadi mangsa.
Kring! Deringan telefon mencantas lamunanku. Aku bergegas untuk menjawab panggilan itu. Aku berasa tidak sedap hati. Jarang sekali aku menerima panggilan telefon lewat malam begini.
“Hello, Raisha? Ini Cik Maya. Mama kamu terlibat dalam kemalangan. Sekarang Mama ada di hospital. Kebetulan juga, Cik Maya berada di situ. Cik tunggu di kolong blok, ya? Kamu bawa adik kamu sekali, Cik akan bawa kamu berdua ke hospital.”
Aku tergamam. Bendungan air mataku pecah dan aku membiarkan sahaja telefon itu jatuh dari genggamanku. Aku berasa seolah-olah segala kekuatanku telah lucut. Aku
jatuh melutut ke lantai. Aku tidak bermaya. Aku telah memungkiri janjiku kepada Ayah.
“Raisha...” Panggilan namaku yang disertai batuk kecil membawa aku kembali ke alam realiti.
Di depanku, Mama mengulum senyuman.
“Mama, Raisha minta maaf. Ini semua salah Raisha. Raisha tidak sepatutnya meninggikan suara terhadap Mama. Raisha minta maaf...” aku memegang tangan Mama dengan erat.
Aku berasa amat bersalah. Jika aku tidak memarahi Mama, sudah tentu Mama tidak terlantar di hospital. Mama mengusap kepalaku.
“Mama juga bersalah. Mama sedar Mama bersalah. Mama ingin berubah. Mama harap Raisha dapat maafkan Mama.”
Aku tersenyum. Sejak sekian lama, baru kali ini aku dapat rasakan sentuhan kasih Mama apabila dia menggenggam tanganku.
Kini aku sedar, setiap perbuatan pasti ada kesannya, sama ada baik atau buruk. Dengan menyakitkan hati Mama, aku telah menyebabkan musibah berlaku ke atasnya. Namun, kejadian ini juga telah membuat aku dan Mama menyedari kesilapan masing- masing. Justeru kami berusaha untuk memperbaik hubungan kami. Yang paling penting, aku telah mendapatkan apa yang aku idam-idamkan sepanjang hidupku - kasih sayang Mama.
75