Page 2 - BUKU UNDANG-UNDANG KSKE
P. 2

KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ESTATES (I.P)
                                NO.PPM-028-10-07112019
                                  Undang-undang Kecil - Pindaan Setakat 16 Mac 2023





                                                 UNDANG-UNDANG
                               KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN ESTATES (KSKE)
                                                   IBU PEJABAT


                     FASAL 1 :  NAMA DAN ALAMAT

                     Peraturan 1 :   Nama Dan Alamat

                     1.1  Nama  Badan  ini  ialah  KELAB  SUKAN  DAN  KEBAJIKAN  ESTATES    (IBU PEJABAT)
                           atau nama ringkasnya disebut KSKE (I.P).

                     1.2  Alamat Badan ini ialah :

                                RISDA Estates Sdn. Bhd.
                                No. 31, Jalan Sulaiman 3,
                                Taman Putra Sulaiman,
                                68000 Ampang,
                                SELANGOR DARUL EHSAN

                     FASAL 2 :  TUJUAN

                     2.1  Mengeratkan  perhubungan  silaturahim  antara  Pegawai  dan  Kakitangan  RESB  Ibu
                           Pejabat dan ahli dari Syarikat Milikan RISDA iaitu RISDA Ventures Sdn. Bhd. (RVSB),
                           ESPEK Plantations Sdn. Bhd. (EPSB), RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB) dan Yayasan
                           RISDA sebagai sebuah keluarga.

                     2.2  Mengadakan  usaha  sihat  bagi  membantu,  mengembang,  memaju  dan  menjaga
                           kepentingan serta kebajikan ahli-ahli.

                     2.3  Memelihara nama baik ahli-ahli.

                     2.4  Memberi peluang kepada ahli untuk sama-sama menaikkan nama syarikat dalam aktiviti
                           sukan dan riadah.

                     2.5  Bekerjasama dengan semua pihak lain dalam perkara yang boleh mendatangkan faedah
                           kepada ahli.







                                                            1
   1   2   3   4   5   6   7