Page 3 - BUKU UNDANG-UNDANG KSKE
P. 3

KELAB SUKAN & KEBAJIKAN ESTATES (I.P)
                                NO.PPM-028-10-07112019
                                  Undang-undang Kecil - Pindaan Setakat 16 Mac 2023




                   FASAL 3 :    KEAHLIAN

                   Peraturan 3 :  Keahlian

                   3.1  Semua Pegawai dan Kakitangan RESB Ibu Pejabat berjawatan tetap dan sementara adalah
                        diterima  menjadi  Ahli  KSKE  kecuali  diputuskan  oleh  Mesyuarat  Agung  Tahunan.  Tarikh
                        keahlian adalah dari mula seseorang menjadi Pegawai atau Kakitangan RISDA Estates Sdn.
                        Bhd. dan kepada Pegawai dan kakitangan dari Syarikat Milikan RISDA iaitu RISDA Ventures
                        Sdn. Bhd. (RVSB), ESPEK Plantations Sdn. Bhd. (EPSB), RISDA Livestock Sdn. Bhd. (RLSB)
                        dan  Yayasan  RISDA  berjawatan  tetap  dan  berminat  menjadi  ahli  adalah  terbuka  kepada
                        mereka.

                   3.2  Sebarang aktiviti kelab kecuali lawatan sambil belajar cuma boleh disertai sekurang-kurangnya
                        selepas 3 bulan seseorang menjadi ahli. Untuk melayakkan ahli menyertai lawatan sambil
                        belajar, keahlian selama 12 bulan berturut-turut diperlukan. Bayaran yuran secara back-dated
                        tidak dibenarkan. Sumbangan kebajikan hanya layak dinikmati oleh ahli serta – merta apabila
                        menjadi ahli. (Diputuskan dalam Mesyuarat Agung Kali Ke-21 Tahun 2014).

                   3.3  Kepada  mana-mana  ahli  yang  ingin  menjadi  ahli,  mereka  perlu  memberitahu  kepada
                        Setiausaha dan perlu menghantar notis sebelum 7hb. pada setiap bulan bagi mengelakkan
                        kerumitan dan memudahkan potongan yuran bulanan.

                   3.4  Ahli  Bersekutu  adalah  ahli  yang  telah  berhenti  menjadi  ahli  KSKE  (telah  tamat
                        perkhidmatannya  dengan  RISDA  Estates  Sdn.  Bhd.)  tetapi  berkhidmat  bersama  RISDA
                        Holdings Sdn. Bhd.. Yuran keahlian adalah tertakluk kepada para 4.1 berdasarkan jawatan
                        terakhir di RISDA Estates Sdn. Bhd. Ahli Bersekutu hanya dibenarkan untuk menyertai lawatan
                        sambil belajar dengan bayaran penuh (tanpa subsidi kelab) dan dibenarkan untuk menyertai
                        mini sukan KSKE. (Diputuskan dalam Mesyuarat Agung KSKE Kali ke-22 Tahun 2015).

                   3.5  Mana-mana ahli yang telah bersara, ahli yang berpindah dan bertugas di mana-mana Syarikat
                        Milikan RISDA yang berstatus pinjaman adalah layak untuk mengikuti mini sukan dan lawatan
                        dengan syarat telah menyumbang (potongan yuran keahlian) selama 6 bulan atau lebih dan
                        syarikat telah pun membuat caruman untuk penama.

                   3.6  Mana-mana ahli yang telah berpindah/bersara dan bertukar ke SMR yang tidak bersekutu
                        secara AUTOMATIK keahlian terbatal dengan sendirinya.








                                                            2
   1   2   3   4   5   6   7   8