Page 26 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
        P. 26
     4.   PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP/JEMPUTAN KSKE
              Satu Pertandingan Badminton Tertutup/Jemputan KSKE telah diadakan pada 11.11.2021 yang telah
              diadakan di Dewan DBKL, PPR Ampang Hiliran. Sebanyak empat (4) pasukan dengan format tiga
              (3) beregu satu (1) pasukan telah dijalankan secara liga. Pasukan yang menduduki tangga pertama
              secara  automatik  menjadi  juara.  Antara  Pasukan  yang  bertanding  adalah  MALAYSIA  (Juara),
              CHINA (Ke-2), KOREA (Ke-3) dan JEPUN (Ke-4). Hadiah berupa  hamper disediakan mengikut
              kedudukan dalam liga.
              5.     PERLAWANAN PERSAHABATAN PASUKAN
                          BADMINTON KSKE/RESB
              Pada 19 Ogos 2022 bertempat di Pro One Badminton Court
              Wangsa  Maju  telah  diadakan  satu  Perlawanan
              Persahabatan  Antara  KSKE  Melawan  Kelab  Badminton
              Rabu BC. Sebanyak tujuh (7) pasangan ditetapkan untuk
              perlawanan  ini.  Keputusan  perlawanan  adalah  berpihak
              kepada  pasukan  Rabu  BC  dengan  keputusan  4-3.
              Walaupun pasukan badminton KSKE kalah tetapi semangat
              juang yang tinggi selain nilai silaturrahim telah ditunjukkan
              oleh pemain-pemain KSKE yang turun dalam perlawanan
              ini.
                                                             24
     	
