Page 22 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
P. 22

LAPORAN AKTIVITI SUKAN 2021-2023



              1.     MINI SUKAN KSKE KALI KE-25 - 2021/2023



              Mini Sukan Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Estates (KSKE) Ibu Pejabat Kali Ke-26 telah diadakan

              dengan jayanya bermula pada 26 September 2022 dan berakhir pada 16 Oktober 2022. Untuk edisi
              kali ini, hanya 12 acara yg dipertandingkan berbanding 17 acara pada sesi yang lepas. Pembahagian

              ahli-ahli KSKE   dipecahkan kepada empat (4) pasukan  berdasarkan  prestasi,   tahap kemampuan

              ahli-ahli tersebut samada untuk acara ‘outdoor’ mahu pun ‘indoor’. Pihak Jawantankuasa KSKE juga

              telah memutuskan memberi nama setiap pasukan iaitu THUNDER (Oren), PANTHER (Biru), TITANS
              (Hijau) dan TIGRIS (Merah). Pada edisi kali ini, pihak kelab telah memberi dana berjumlah RM2,000

              kepada setip pasukan sebagai perbelanjaan makan minum dan sebagainya sepanjang berlangsungnya

              Pesta Mini Sukan KSKE Kali Ke-26 kali ini.



              Vanue bagi acara-acara indoor telah diadakan di Tingkat 6 dan Dewan Mestika Sari RISDA Estates
              seperti acara Karom, Dart, Congkak, Batu Seremban dan Golf Putting dan Ping Pong.  Bagi acara

              Badminton diadakan di Dewan DBKL, PPR Ampang Hiliran dan Boling (lelaki dan wanita) di Endah

              Parade, Sri Petaling serta Bola Tampar di Kompleks Sukan UIA, Gombak. Selain daripada itu, terdapat

              sedikit perubahan format bagi acara Dam Ular yng telah dinaik taraf dari acara pengenalan kepada

              acara wajib untuk pungutan mata.


              Pada edisi Ke-26 ni, persaingan merebut juara keseluruhan berlangsung sengit antara keempat-empat

              pasukan dimana pungutan mata sangat rapat.  Akhirnya, Pasukan TIGRIS telah dinobatkan sebagai

              Juara keseluruhan dengan jumlah mata sebanyak 19 mata. Manakala tempat kedua & ketiga dikongsi

              bersama antara TITANS dan THUNDER dengan 18 mata manakala PANTHER dikedudukan terakhir
              dengan 17 mata. Keseluruhannya, edisi kali ini adalah antara yang paling sengit dan mencabar. Syabas

              dan Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang

              tinggi. In Sha Allah, berjumpa lagi di Mini Sukan KSKE Kali Ke-27 nanti.



              Majlis penutup dan penyampaian Piala Pusingan Mini Sukan KSKE Kali Ke-26 telah berlangsung pada
              21 Oktober 2022 yang telah disempurnakan oleh En. Mohammad Zakaria bin Alang Zahari, Ketua

              Pegawai Eksekutif merangkap Penaung KSKE.



                                                             20
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27