Page 20 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
P. 20
LAWATAN KE PULAU TIOMAN
KSKE telah mengadakan Lawatan Ke Pulau Tioman. Lawatan telah dibahagikan kepada dua (2) sesi
iaitu pada 23 hingga 26 Jun 2022 dan 14 hingga 16 Julai 2022. Sesi pertama pada 23 hingga 26 Jun
2022 seramai 34 orang ahli telah menyertai lawatan tersebut. Sesi kedua pula pada 14 hingga 16 Julai
2022 seramai 34 orang telah menyertai lawatan tersebut.
Bas telah bertolak dari Ibu Pejabat jam 11 malam dan telah sampai ke Jeti Mersing pada jam 5.30 pagi.
Feri bertolak jam 7.00 pagi dan sampai ke destinasi jam 9.00 pagi. Sejurus sampai ke Paya Beach
Resort Spa & Dive Resort semua ahli telah dijamu dengan makan tengahari. Pada sebelah petang, ahli
telah dibawa ke Mangrove Swamp Walking untuk merasai suasana flora dan fauna serta dapat
bermandi manda di air terjun yang ada di situ.
Keesokan harinya, ahli telah menjalani aktiviti yoga di persisiran pantai sambal menghirup udara pantai.
Selepas sarapan, semua ahli telah bersiap sedia untuk melakukan aktiviti snorkeling di Renggis Island
& Marine Park sehingga tengahari. Ahli dapat merasai pengalaman melihat ikan di dasar laut dalam
dan berenang. Pada waktu petang pula, pihak KSKE telah menganjurkan sukaneka dan bola tampar
pantai. Makan malam pula ahli disajikan dengan BBQ.
Pada hari terakhir ahli berkumpul di jeti pada jam 9 pagi untuk menaiki feri pulang ke Jeti Mersing.
Secara keseluruhan, ahli-ahli KSKE berpuas hati dengan lawatan dan program-program yang
disediakan.
Disediakan Oleh:
Liza Zain
AJK Kebajikan, KSKE Sesi 2021-2023
18