Page 16 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
P. 16
Persembahan pertama telah dimulakan daripada Pejabat TKPE dengan tajuk lagu “Senandung
Hari Raya Untukmu” dari Dayangku Intan.
Persembahan kedua pula dari Jabatan Kewangan dan Perakaunan dengan lagunya “Pejam
Celik Hari Raya” dari Penyanyi Iman Troye. Persembahan ketiga telah diserikan pula daripada
Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia dengan lagunya “Raya Raya Raya” oleh Penyanyi
Kumpulan Dolla.
Majlis digamatkan lagi dengan persembahan Dari Jabatan Perkilangan dengan tajuk lagu
“Salam Dunia” oleh M. Nasir. Persembahan ini diteruskan dengan persembahan oleh Jabatan
Perancangan & Korporat dengan dengan lagunya bertajuk “Raya Raya Raya” oleh Penyanyi
Kumpulan Dolla. Persembahan ini diakhiri oleh Jabatan Kejuruteraan dengan lagu bertajuk
“Selamat Hari Raya” oleh Ahmad Jais.
14