Page 15 - BUKU LAPORAN AGM KSKE BAGI SESI 2021-2023
P. 15
LAPORAN SETIAUSAHA KSKE 2021-2023
1. MAJLIS PERJUMPAAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BERSAMA STAF IBU PEJABAT
RESB TAHUN 2022
Pada 25 Mei 2022 bersamaan dengan 24 Syawal 1443H, pihak KSKE telah mengadakan Majlis
Perjumpaan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Staf Ibu Pejabat RESB dengan bertemakan
Majlis Hari Raya. Majlis telah dimulakan dengan iringan bacaan doa oleh saudara Izzat Amir
bin Mohamad Puzi dan disertai oleh ucapan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Mohammad Zakaria
bin Alang Zahari.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian
hadiah kepada Program Pemenang
Pertandingan Weight Loose Challenge (WLC)
yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan
Kebajikan Estate selama tiga (3) bulan dari
bulan Februari hingga April 2022. Terdapat dua
(2) kategori pemenang iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Bagi kategori lelaki terdapat
beberapa peserta yang telah memenangi hadiah saguhati kerana peratus penurunan melebihi
1% dan pemenang pertama berjaya menurunkan berat sebanyak 8.6kg. Kategori Wanita pula
tempat pertama berjaya menurunkan berat sebanyak 10.8kg. Melalui program ini kelab sukan
berjaya mengalakkan warga KSKE untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat
dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian.
Majlis turut diserikan lagi dengan pertandingan persembahan dari semua Jabatan di RISDA
Estates. Kriteria persembahan terdiri daripada Kreativiti, Penglibatan dalam Persembahan dan
Props yang digunakan.
13