Page 15 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 15
3.0 MAKLUMAT KEJADIAN
Set Tr40 bergerak tanpa penumpang pada jam 8.21 malam secara Operasi Tren
Automatik (ATO) dari Stesen LRT Gombak ke Depoh Subang (Arah Selatan)
sebelum mengalami kerosakan. Tren ini dikesan mengalami kegagalan ATO
apabila sistem Vehicle On-Board Controller (VOBC) terhenti secara tiba-tiba
semasa menghampiri platform Stesen Kampung Baru. Pusat Kawalan Operasi
(OCC) Rapid Rail Sdn. Bhd. mengenalpasti kedudukan Tr40 dan mengarahkan
pemandu (Hostler) mengemudi tren itu secara manual menuju ke Stesen Dang
Wangi. Tr40 perlu bergerak ke arah yang sama bagi memberi laluan kepada tren-
tren lain Laluan Kelana Jaya dalam mod ATO untuk meneruskan perkhidmatan ke
bahagian selatan. Pada masa sama Tr81 yang membawa lebih kurang 213 orang
penumpang dalam mod ATO berada statik di platform Stesen KLCC (KJ10) arah
selatan sebelum ia berlepas menuju ke Stesen Kampung Baru pada pukul 8.24
malam. Ia menerima maklumat bahawa Tr40 telah pun beredar dari Stesen
Kampung Baru menuju ke Stesen Dang Wangi sebelum bertembung pada pukul
8.33 malam. Insiden berkenaan segera dimaklumkan oleh pemandu Tr40 yang
bertindak menghubungi OCC dan seminit kemudian, Tr81 dikenal pasti sebagai
tren yang bertembung tersebut. Pihak OCC pada pukul 8.36 malam memaklumkan
pelbagai agensi tindakan kecemasan dan melantik pegawai yang
bertanggungjawab di kawasan insiden itu berdekatan dengan KLCC. (Kenyataan
YB. Menteri Pengangkutan Malaysia - 25 Mei 2021)
Lokasi Kejadian
Tempat Kejadian
8 | CEPAT DAN MESRA