Page 10 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 10
2.0 LATAR BELAKANG LOKASI KEJADIAN
Pada 24 Mei 2021 (Isnin) kira-kira 8.33 malam telah berlaku insiden melibatkan
kemalangan di antara dua (2) buah tren LRT di dalam terowong berhampiran
dengan Stesen KLCC (KJ10). Stesen KLCC ialah stesen LRT bawah tanah yang
terletak berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur. Nama
stesen ini diambil sempena mercu tanda berdekatan iaitu Menara Berkembar
Petronas (lebih dikenali sebagai KLCC). Stesen ini dibuka pada 1 Jun 1999 sebagai
sebahagian dari fasa kedua Laluan Kelana Jaya yang melalui 12 stesen di
antara Stesen Masjid Jamek dan Stesen Gombak (tidak termasuk Sri
Rampai). Stesen ini juga bakal dihubungkan dengan Stesen KLCC East Laluan
MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) apabila laluan tersebut dibuka pada
Julai 2022.
Stesen ini terletak di bawah Jalan Ampang di pusat membeli-belah Avenue K. Di
selatan stesen terletaknya kawasan pembangunan KLCC yang merangkumi pusat
membeli-belah Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas, Menara Maxis, Pusat
Konvensyen Kuala Lumpur, Taman KLCC, Menara 3 Petronas, Masjid Asy-
Syakirin dan Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur. Juga terletak berhampiran
stesen ini adalah pusat membeli-belah Four Season Place, Hotel Four Seasons
Kuala Lumpur, Hotel Corus Kuala Lumpur.
CEPAT DAN MESRA | 3