Page 8 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 8

1.0     PENGENALAN


                       Di kala negara sedang bergelut dengan Pandemik COVID-19, kita dikejutkan pula
                       dengan kemalangan Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24 Mei 2021 (Isnin). Sistem

                       pengangkutan  awam  diuji  dengan  kejadian  kemalangan  antara  dua  buah  transit
                       aliran ringan (LRT) di Stesen KLCC (KJ10). Kejadian berlaku pada jam 8.33 malam
                       yang  telah  mengakibatkan  sejumlah  213  penumpang  mengalami  trauma  dan

                       kecederaan yang telah melakar sejarah dalam sistem pengangkutan awam negara.
                       Menjangkau usia 23 tahun perkhidmatan pada September 2021. Perkhidmatan LRT

                       yang bermula dari Seksyen 1, Depoh Subang ke Pasar Seni telah mula beroperasi
                       pada 1 September 1998.


                       Sistem pengoperasian tren LRT adalah antara sistem pengangkutan yang termoden
                       yang  telah  meletakkan  faktor  keselamatan  sebagai  keutamaan,  khususnya  bagi
                       mengelak kejadian kemalangan yang boleh mengakibatkan kemalangan jiwa dan

                       kemusnahan harta. Namun, di sebalik kesempurnaan perancangan, masih terdapat
                       pelbagai  kelemahan  yang  boleh  berlaku  sama  ada  berpunca  dari  ‘human  error’,
                       mechanical failure’, operating system corrupted’ atau sebagainya. Oleh itu, telah

                       direkodkan  beberapa  kejadian  kemalangan  yang  melibatkan  LRT  sejak  ianya
                       beroperasi, antara lainnya seperti berikut:




                  Bil      Tarikh                   Catatan                         Gambar
                                        Sebuah daripada gerabak STAR-
                                        LRT  terbabas  melewati  benteng
                                        konkrit dan tergantung hampir 25
                         27 Oktober     meter dari aras bumi semasa tren
                   1
                            2006        itu  mahu  berhenti  di  hentian
                                        terakhirnya  di  Stesen  Sentul
                                        Timur, namun tiada penumpang di
                                        dalam enam gerabak tren itu.
                                        Dua gerabak di bahagian tengah
                                        tren  Star  LRT  tergelincir  dari
                                        landasan  ketika  menghampiri
                                        Stesen    Sentul   Timur    yang
                                        menyebabkan  perkhidmatan  tren
                              24        di lima stesen dari Sentul Timur ke
                   2     November       Sultan  Ismail  terjejas  dan  10
                            2007
                                        penumpang     terperangkap     di
                                        dalam  lima  tren  tersebut  yang
                                        terkandas  di  beberapa  lokasi
                                        namun       tiada      sebarang
                                        kecederaan.








                                                                                                CEPAT DAN MESRA | 1
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13