Page 6 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 6

SEKAPUR SIREH



                                                        Malang  tidak  berbau,  insiden  boleh  berlaku
                                                        tanpa mengira masa, ketika dan tempat. Yang

                                                        menjadi  mangsa  tidak  pula  mengira  bangsa,
                                                        agama, jantina dan usia. JBPM sebagai agensi

                                                        penyelamatan yang unggul dalam negara amat

                                                        menyedari  cabaran  insiden  atau  bencana  ini,
                                                        oleh  itu  ia  menuntut  setiap  pegawai  bomba

                                                        untuk bersiap sedia setiap masa.


                                                        Tahniah kepada JBPM Kuala Lumpur kerana
                                                        telah mencapai response time (RT) yang baik

                                                        iaitu 7 minit dalam memobilisasikan jentera dan
                       anggota ke lokasi kejadian kemalangan LRT pada 24 Mei 2021. Kepantasan

                       bertindak, menyelamat dan menguruskan mangsa yang ramai dalam tempoh

                       kurang  daripada  2  jam  adalah  satu  kejayaan,  khususnya  ketika  negara
                       menghadapi  pelbagai  cabaran  dan  masalah  termasuk  pematuhan  kepada

                       Standard  Operating  Procedure  (SOP)  COVID-19.  Risiko  insiden  melibatkan
                       underground  tunnel  and  rail  ini  adalah  satu  realiti.  Oleh  itu,  amat  penting

                       diperkemaskan Pre-Incident Plan (PIP) JBPM dan juga Emergency Response
                       Plan  (ERP)  pihak  pengendali  tren,  maka  kedua-dua  PIP  dan  ERP  ini  perlu

                       diselaras dan dilatih secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi. Pasukan

                       Underground  Tunnel  and  Rail  Rescue  Team  (UTRT)  JBPM  KL  perlu
                       diperkasakan  dengan  kemahiran  dan  kelengkapan  yang  bersesuaian  bagi

                       menghadapi sebarang insiden yang rumit dan berisiko tinggi.


                       Semoga insiden ini dapat dijadikan lesson learn yang berguna kepada semua
                       pihak. Maka dengan itu, langkah-langkah kawalan dan kesiapsiagaan dapat

                       dipertingkatkan serta keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kita semua.




                       YAS DATO’ ABDUL WAHAB BIN HJ. MAT YASIN
                       Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
                       Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11