Page 5 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 5
KATA ALU-ALUAN
Syabas dan tahniah kepada JBPM Kuala Lumpur di
atas kecekapan pengendalian insiden kemalangan
LRT pada 24 Mei 2021. Kesiapsiagaan JBPM dan
kerjasama pelbagai agensi amat terserlah sehingga
pengurusan insiden dapat berjalan dengan lancar
dan ditangani dalam masa yang singkat.
Pembangunan ibu kota Kuala Lumpur, sama ada
melibatkan pembangunan struktur fizikal secara
horizontal, vertical mahu pun struktur bawah tanah
sentiasa dalam pemerhatian JBPM. Ini termasuklah
kemajuan dan pembangunan sistem pengangkutan ‘rail’ negara, JBPM terlibat
seawal peringkat mereka bentuk lagi, iaitu perancangan keperluan keselamatan dan
kecemasan di struktur bangunan dan terowong.
Di sebalik kesempurnaan perancangan, masih terdapat risiko dan kelemahan yang
boleh mengundang bencana. Justeru, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Metropolitan Kuala Lumpur sudah pastinya perlu sentiasa bersiap sedia
menghadapi bukan sahaja natural disaster tetapi man made disaster dengan risiko
dan cabaran baru seperti highrise structure fire & emergency, underground & tunnel
emergency, mega structure fire & emergency, mass evacuation, mass casualty
management dan sebagainya.
JBPM sentiasa bersiapsedia dengan pelbagai bentuk persiapan agar sebarang
bencana ditangani dengan berkesan.
Saya percaya semua cabaran ini dapat dihadapi dengan keazaman dan komitmen
yang tinggi setiap pegawai bomba untuk menguasai ilmu dan kemahiran yang
bersesuaian bagi menghadapi risiko baharu ini.
YAS DATO’ SRI Ts. MOHAMMAD HAMDAN BIN HJ WAHID
Ketua Pengarah,
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.