Page 39 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 39

   Meneruskan  kesinambungan  command  &  control  sehingga  berlaku

                                  peralihan atau pertukaran command & control (transfer of command)

                              Peranan Planning Section masih lagi dimainkan oleh IC pada ketika ini

                              dalam  merancang  Incident  Action  Plan  agar  operasi  lebih  berkesan.  IC
                              juga  melantik  pegawai  lain  bagi  mengetuai  operasi  di  Red  Zone  dan

                              pegawai lain menguruskan keperluan logistik.

                   5.2.5      Peringkat Struktur Lengkap Multiagency (Unified Command)


                              Insiden  kemalangan  LRT  ini  merupakan  yang  pertama  dalam  sejarah
                              negara.  Oleh  itu  ia  boleh  dikategorikan  sebagai  satu  insiden  yang

                              mempunyai kepentingan kepada negara dan sensitif. Pada peringkat ini,
                              pengurusan insiden telah berkembang dengan kehadiran pelbagai agensi

                              dan  pihak  berkepentingan  termasuk  media.  Insiden  perlu  diuruskan
                              dengan lebih teratur agar pengurusan insiden lebih teratur dan penyaluran
                              maklumat kepada media dan awam adalah tepat.


                              Walaupun Mekanisma Pengurusan Bencana Negara, Majlis Keselamatan
                              Negara 20 (MKN 20) tidak diaktifkan, namun semua agensi terlibat telah

                              memahami  fungsi  dan  peranan  masing-masing.  Dalam  konteks
                              pengurusan insiden di JBPM, sistem pengurusan bencana diselaraskan
                              sebaik mungkin dengan mengadaptasikan konsep ICS dan implementasi

                              MKN 20.


                              Berdasarkan kepada kedua-dua konsep pengurusan insiden berikut, carta
                              organisasi  pengurusan  insiden  kemalangan  LRT  yang  lengkap  secara
                              unified command boleh diterjemahkan seperti berikut:



























    32 | CEPAT DAN MESRA
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44