Page 41 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 41
Aplikasi ICS dan adaptasi Arahan No. 20 MKN telah menjadi teras dalam
pengurusan operasi insiden dan bencana oleh JBPM. Kedua-dua elemen ini telah
digunakan dengan meluas dan dimasukkan ke dalam setiap Standard Operation
Prosedure (SOP) pelbagai operasi kebombaan dan penyelamatan yang
dilaksanakan oleh JBPM. Konsep dan pelaksanaan ICS telah menjadi sebati
kepada pegawai bomba seluruh negara kerana ianya telah dijadikan suatu subjek
pembelajaran wajib yang diajarkan di kesemua Akademi Bomba seluruh negara.
JBPM sebagai agensi pertama respon dan tiba ke tempat kejadian secara
automatik menggerakkan model ICS ini sebagai satu struktur pengurusan insiden
/ bencana, struktur ini lah yang menjadi asas command & control, perancangan,
pengurusan operasi dan pengurusan logistik. Perkembangan & kompleksiti
bencana serta peningkatan penglibatan agensi akan menjadikan Incident
Command Structure ini turut berkembang, sehinggalah ianya membentuk ‘line of
command’ yang selari dari peringkat asas sehingga peringkat yang lebih tinggi.
‘Change of Command’ dan ‘Transfer of Command’ kepada IC yang lebih kanan
atau dari JBPM kepada pihak PDRM juga masih bergantung kepada asas
‘Command Structure’ yang diwujudkan oleh JBPM seawal tiba di lokasi kejadian.
Command Structure yang diwujudkan oleh JBPM seawal tiba di lokasi kejadian ini
dilihat sebagai unsur terpenting ketika fasa Response dalam pengurusan
bencana. Ianya juga telah menjadi pelengkap kepada Arahan No 20 MKN.
Koordinasi, komunikasi dan kerjasama inter-agency ketika Fasa Response (fasa
tindakbalas) ini perlu diberikan keutamaan kerana ianya perlu dilakukan dengan
cepat untuk meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa dan menghalang
kehilangan nyawa seterusnya menghindari kemusnahan yang lebih besar. Tidak
terkecuali bagi operasi insiden LRT ini, konsep ICS telah digunakan oleh
Komander Operasi Bomba yang mula tiba. Pengagihan peranan dan fungsi
pelbagai agensi adalah dilakukan berdasarkan konsep ICS tersebut. Hasil
pemerhatian dan pengalaman JBPM menguruskan OPS Tragedi LRT ini dan lain-
lain insiden besar di Kuala Lumpur, panduan menguruskan bencana berdasarkan
kombinasi ICS dan Arahan No 20 MKN, telah terbukti berkesan dan efisien untuk
bencana yang kompleks dan melibatkan banyak agensi yang terbabit. Oleh itu,
ICS adalah pilihan terbaik yang perlu digunakan serentak dengan Arahan MKN
tersebut. Namun begitu, masih terdapat agensi-agensi yang kurang menghayati
Arahan No. 20 MKN, apatah lagi untuk memahami dan mengadaptasikan ICS
dalam pengurusan bencana yang dihadiri oleh agensi terbabit.
34 | CEPAT DAN MESRA