Page 45 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 45
disediakan oleh pasukan ERT Prasarana telah banyak membantu pasukan
penyelamat bertindak.
ERP tersebut juga mengandungi strategi menangani pelbagai senario
bencana dari insiden yang kecil sehingga worse case incident scenario.
7.3 Maklumat daripada Pre-Incident Plan (PIP)
JBPM telah mempunyai PIP yang khusus untuk menangani insiden-insiden
yang berkaitan dengan ‘rail’ dan underground tunnel.
PIP tersebut telah menggariskan lawatan pembiasaan dan juga siri latihan
dengan pelbagai simulasi / senario insiden bagi menguji peranan dan
koordinasi inter-agency serta mengukur keberkesanan sistem pengurusan
insiden. Laporan latihan dan post mortem ini menjadi asas kepada proses
penambahbaikan PIP.
7.4 Maklumat semasa tiba di lokasi kejadian
Setiba di lokasi kejadian, Insiden Commander bersama-sama anggota akan
membuat size-up untuk menganalisa keadaan, mengenal pasti risiko dan
memahami senario insiden secara keseluruhannya.
Semasa proses size-up, data-data risiko akan diperhalusi sebelum
menetapkan strategi dan taktikal yang bersesuaian dan selamat kepada
mangsa dan juga kepada pasukan penyelamat.
7.5 Maklumat sepanjang aktiviti-aktiviti operasi
Size-up merupakan proses yang dilakukan secara berterusan. Oleh kerana
sifat risiko yang sentiasa dinamik dan berubah-ubah maka semakan ke atas
strategi dan taktikal perlu dilakukan secara berterusan untuk menentukan
kesesuaian.
7.6 Maklumat daripada latihan bersama dan post-mortem latihan
JBPM telah melakukan banyak siri latihan dengan pelbagai simulasi atau
senario insiden bagi menguji peranan dan koordinasi interagensi serta
mengukur keberkesan sistem pengurusan insiden. Laporan latihan dan post
mortem ini menjadi asas kepada proses penambahbaikan kepada sistem
pengurusan insiden.
38 | CEPAT DAN MESRA