Page 71 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 71
ii. Risiko aliran arus elektrik
Risiko arus elektrik tidak boleh dipandang ringan, ianya adalah yang pertama
yang perlu ditangani. JBPM sedar sememangnya wujud prosedur untuk cut-off aliran
arus elektrik semasa kecemasan, tetapi ianya perlu disahkan bahawa keadaan
betul-betul selamat. Memandangkan tren digerakkan melalui kuasa elektrik yang
tinggi (750 VDC), maka kejadian kemalangan memungkinkan sistem sediaada telah
berubah, dan arus elektrik boleh tersebar dan mengalir bebas melalui konduktor-
konduktor yang baru. Seterusnya menjadi ancaman utama kepada penumpang dan
penyelamat.
64 | CEPAT DAN MESRA