Page 76 - OPERASI TRAGEDI LRT DI STESEN KLCC
P. 76
iii. Penyediaan Peralatan Penyelamatan Tambahan
Kewujudan peralatan tambahan mungkin akan membantu kerja-kerja
penyelamatan khususnya yang melibatkan kecemasan dalam terowong yang
berjauhan dengan terminal perhentian tren. Peralatan tersebut termasuklah:
a. Troli khas untuk kegunaan di atas rail
b. Peralatan pencahayaan
c. Multipurpose stretcher
d. Alat komunikasi radio
e. Wheel Chair
f. Personal Protection Equipmet (e.g High Voltage Glove)
g. Lain-lain
iv. Memperluaskan Liputan Komunikasi Radio Dalam Terowong
Terowong bawah tanah sering kali dirujuk kepada blind spot area bagi
gelombang frekuensi komunikasi radio, khususnya komunikasi GIRN. Satu
penelitian yang menyeluruh perlu dilakukan oleh GIRN Service Provider
(SAPURA) untuk mengatasi masalah ini memandangkan GIRN digunakan
secara meluas oleh agensi kecemasan seluruh negara. Kegagalan sistem
komunikasi bukan sahaja menjejaskan kecekapan pengurusan insiden malah
meningkatkan risiko keselamatan nyawa dan kecederaan bagi petugas.
v. Memantapkan SOP dan Garis Panduan Pengendalian Kecemasan Di
Dalam Terowong Bawah Tanah
Sejajar dengan kemajuan teknologi terowong bawah tanah sedia ada, SOP
dan garis panduan perlu dikemaskini bagi mengimbangi risiko dan keperluan
pengurusan insiden.
CEPAT DAN MESRA | 69