Page 33 - KPI GUIDELINE
P. 33
S19
KSPL
Kutipan Sisa Pihak Lain
KRITERIA KEPATUHAN
Kenderaan kutipan yang digunapakai/ didaftarkan untuk kutipan sisa
pepejal yang dikontrakkan di bawah Perjanjian Konsesi tidak dibenarkan
untuk mengutip sisa pihak lain yang tidak dijadualkan dan bukan
sebahagian dari kontrak.
Syarikat Konsesi/ Kontraktor lantikan Syarikat Konsesi hanya dibenarkan
membuat kutipan sisa pepejal yang dikontrakkan di premis yang
diluluskan/ berjadual sahaja menggunakan kenderaan kutipan berdaftar di
bawah kriteria Perjanjian Konsesi.
Walaubagaimanapun premis tersebut masih boleh melantik Syarikat
Konsesi/ Kontraktor Konsesi untuk membuat kutipan sisa mereka dengan
syarat syarikat tidak menggunapakai kenderaan yang berdaftar dengan
perkhidmatan konsesi, tidak menggunakan 'Corporate Image' Syarikat
Konsesi dan mendapat kebenaran khas dari agensi yang mewakili Kerajaan
Malaysia.
Contoh kesalahan jika sebuah kawasan perindustrian mempunyai 10 kilang
dan operator didapati samada secara 'Caught in Act'/ bukti bergambar/
rekod GPS mengutip di semua 10 kilang tersebut ianya dikira sebagai
10 kesalahan. operationmanual.mflora.com.my