Page 57 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 57
LAPORAN TAHUNAN 2022
PERKHIDMATAN FARMASI PESAKIT DALAM
Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam merupakan salah satu perkhidmatan asas
yang ditawarkan di semua hospital KKM di Sarawak. Kesemua 23 hospital di
Sarawak mempunyai Unit Farmasi Pesakit Dalam atau Farmasi Satelit untuk
menguruskan pembekalan ubat pesakit dalam dengan 180 wad dan 4,065 katil
pada tahun 2022.
(a) Sistem Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam
Sistem Pembekalan Ubat Farmasi Pesakit Dalam yang dipraktiskan d hospital
Sarawak merangkumi pembekalan ubat secara patient basis seperti Unit of Use
UOU dan Unit Dose System UDS . Pembekalan ubat secara pukal mengikut
keperluan, contohnya stok wad, stok kecemasan dan stok psikotropik juga
diuruskan oleh Farmasi Pesakit Dalam. Dalam usaha memperkasakan pembekalan
ubat ke wad dengan cekap dan spesifik kepada pesakit, kebanyakan hospital di
Sarawak telah mula menukarkan sistem pembekalan ubat melalui Unit of Use
UOU kepada sistem pembekalan ubat melalui Unit Dose System UDS secara
berperingkat mulai tahun 2010. Pada tahun 2022, Sebanyak 88.6% daripada
jumlah wad di Sarawak telah mengamalkan sistem UDS manakala masih terdapat
11.4% mengamalkan sistem UOU. Semua hospital telah mengamalkan sistem UDS
secara 100% pada tahun 2022 kecuali Hospital Umum Sarawak 69.0% , Hospital
Miri 86.7% dan Hospital Bintulu 66.7% .
Untuk tahun 2022, sejumlah 1,342,691 preskripsi UDS dan 171,717 preskripsi UOU
diterima, diisi dan disemak silang oleh kakitangan Farmasi. Bilangan preskripsi
discaj yang didispens adalah sebanyak 132,719. Secara keseluruhan, bilangan
preskripsi yang dikendalikan oleh Farmasi Pesakit Dalam pada tahun 2022
menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun 2021. Kadar kemasukan wad
untuk pesakit dengan penyakit kronik telah kembali normal setelah kes-kes
COVID 19 semakin berkurangan pada tahun 2022.
JADUAL 29 PERBANDINGAN STATISTIK BEBAN KERJA PERKHIDMATAN
PESAKIT DALAM
PERIHAL 2018 2019 2020 2021 2022
Unit Dose System UDS 1,894,466 1,184,257 1,142,557 1,090,602 1,342,691
Unit of Use System UOU 201,189 200,791 142,400 163,183 171,717
JUMLAH 2,095,655 1,385,048 1,284,957 1,253,785 1,514,408
BILANGAN PRESKRIPSI DISCAJ 115,732 121,731 103,568 95,534 132,719
56