Page 61 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 61

LAPORAN TAHUNAN 2022





                       PERKHIDMATAN SEPTIK DAN ASEPTIK




                  (a)    Rekonstitusi Ubat Sitotoksik  CDR

                  Pada tahun 2022, rekonstitusi ubat sitotoksik telah dijalankan oleh Pegawai
                  Farmasi di 7 hospital KKM di Sarawak. Hospital Umum Sarawak dan Hospital Sibu
                  mempunyai bilik bersih untuk tujuan rekonstitusi ubat sitotoksik. Manakala bagi
                  Hospital   Miri  dan   Hospital   Bintulu,  rekonstitusi  ubat   sitotoksik  dengan
                  menggunakan      isolator  telah   dimulakan    sejak   tahun   2013.   Di  samping
                  penyumberluaran perkhidmatan rekonstitusi ubat sitotoksik ke Hospital Sibu dan
                  Hospital Miri, Hospital Sarikei, Hospital Kapit dan Hospital Limbang juga
                  menggunakan sistem Phaseal untuk rekonstitusi ubat sitotoksik bagi kes-kes
                  tertentu.


                  Mulai Julai 2013, semua rekonstitusi ubat sitotoksik telah diambil alih oleh
                  anggota Farmasi. Sejumlah 4,275 pesakit telah didaftarkan di Unit CDR dan
                  45,043 sediaan telah dilakukan pada tahun 2022.



                  (b)    Total Parenteral Nutrition  TPN

                  Perkhidmatan Total Parenteral Nutrition  TPN  telah dimulakan di Hospital Sibu
                  pada tahun 2017 setelah bilik bersih TPN siap dibina. Hospital Umum Sarawak
                  dan Hospital Sibu mempunyai bilik bersih yang divalidasikan untuk menghasilkan
                  sediaan `patient-tailored’ manakala fasiliti lain seperti Hospital Miri, Hospital
                  Bintulu dan sebagainya akan membekalkan sediaan komersial TPN untuk pesakit
                  di fasiliti masing-masing.

                  Pada tahun 2019, perkhidmatan centralised TPN telah dimulakan di mana Hospital
                  Umum Sarawak dan Hospital Sibu akan membekalkan sediaan `patient-tailored’
                  ke Hospital Miri dan Hospital Bintulu untuk golongan pediatrik preterm. Sejumlah
                  920 kes telah didaftarkan di Unit TPN dan 13,994 sediaan telah dilakukan pada
                  tahun 2022.































                                                            60
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66