Page 64 - Laporan Tahunan BPF JKNS 2022
P. 64

LAPORAN TAHUNAN 2022





                          PERKHIDMATAN FARMAKOKINETIK

                                                   KLINIKAL




                  Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal atau Therapeutic Drug Monitoring  TDM
                  ditawarkan di semua fasiliti kesihatan di Sarawak. Walau bagaimanapun, hanya 6
                  fasiliti iaitu Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu, Hospital Miri, Hospital Bintulu,
                  Hospital Sarikei dan Hospital Sentosa yang mempunyai peralatan untuk
                  menjalankan analisa sampel di hospital. Sampel darah pesakit dari hospital atau
                  klinik kesihatan akan dihantar ke 6 hospital berkenaan untuk dianalisa dan
                  keputusan ujian akan dikembalikan ke fasiliti yang merujuk untuk interpretasi dan
                  rekomendasi oleh Pegawai Farmasi.


                  Mulai tahun 2018, pihak makmal akan mengambil alih tugas analisa sampel darah
                  untuk tujuan TDM daripada Farmasi secara berperingkat dan sehingga April tahun
                  2022, semua hospital di Sarawak telah melaksanakan Pharmacy based analisa
                  sampel untuk tujuan TDM.

                  Jumlah analisa yang dijalankan di seluruh negeri adalah sebanyak 11,711 pada
                  tahun 2022, di mana sejumlah 657 analisa  5.6%  dijalankan di unit Farmasi
                  manakala 11,054 analisa  94.4%  dijalankan di makmal.



                    RAJAH 9  BILANGAN ANALISA SAMPEL DARAH UNTUK TUJUAN TDM YANG
                                                     DIJALANKAN













































                                                            63
   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69