Page 132 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 132

CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI



             Seksyen  Saringan  Iklan  berperanan  menyelaras  dan  memantau  iklan  produk  atau
             kosmetik  yang  mempunyai  tuntutan  perubatan  dan  iklan  perkhidmatan  kesihatan

             yang  disiarkan  melalui  media  cetak,  media  elektronik  dan  baru  bagi  memastikan
             peruntukan undang-undang sedia ada dipatuhi.Iklan ubat-ubatan, rawatan perubatan,
             kemudahan  perubatan,  kepakaran  dan  perkhidmatan  berkaitan  dengan  diagnosis,
             pencegahan  dan  rawatan  penyakit  atau  sebarang  keadaan  yang  memberi  kesan
             kepada tubuh manusia adalah di bawah kawalan Lembaga Iklan Ubat, Kementerian
             Kesihatan Malaysia (K.K.L.l.U).



             Aktiviti  saringan  iklan  dilaksanakan  pada  semua  media  iaitu  media  cetak,  media
             elektronik, media baharu, platform e-dagang dan di premis-premis perniagaan.





                          RAJAH 50: BILANGAN SARINGAN IKLAN SEMUA MEDIA

             3,000
                                                                                                     2,580



             2,000


                        1,301              1,360               1,321              1,348

             1,000




                  0
                        2017               2018               2019               2020                2021

                                                           Tahun



              Rajah 50 menunjukkan pertambahan saringan iklan media baharu berbanding iklan di
              media  cetak  pada  tahun  2021.  Iklan  media  baharu  semakin  popular  di  kalangan
              penjual/peniaga  sebagai  satu  platform  untuk  mempromosikan  barangan  jualan
              terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik COVID-19.
              Sebanyak  186  saringan  iklan  dari  media  cetak,  411  saringan  iklan  dari  pemeriksaan
              premis,  1,977  saringan  iklan  dari  media  baru  dan  6  saringan  iklan  dari  radio  telah

              dilakukan pada tahun 2021.







                                                           130
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137