Page 134 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 134

CAWANGAN PENGUATKUASA FARMASI



             Aktiviti  bersama  media  telah  dijalankan  sepanjang  tahun  2021  bersama  Radio
             Television Malaysia (RTM) di seluruh Sarawak antaranya RTM Kuching, RTM Sibu, RTM

             Miri,  RTM  Limbang  dan  RTM  Bintulu.  Selain  itu  terdapat  juga  perkongsian  bersama
             Asyik FM. Antara topik yang diketengahkan dalam Bahasa Melayu adalah “Ubat kuat,
             manfaat  atau  mudarat?”,  “Iklan  Ubat:  Apa  Yang  Anda  Perlu  Tahu?”,  “Waspada
             Pembelian  Ubat  Dalam  Talian”  dan  “Kawalan  Pengimportan  Produk  Kesihatan  Di
             Malaysia”. Juga terdapat penyampaian topik dalam Bahasa Iban dengan tajuk “Kenali
             Ubat Anda, Antibiotik” melalui Radio Wai FM.



             Aktiviti kesedaran di syarikat berunsur aestetik masih juga dijalankan pada tahun 2021.
             Antaranya adalah aktiviti ceramah serta pameran di “JO Sanctuary Academy Kuching”
             iaitu  sebanyak  3  sesi  sepanjang  tahun  2021.  Pendekatan  ini  penting  bagi
             mendedahkan bakal pengusaha premis kecantikan kepada isu produk tidak berdaftar
             terutamanya  produk  suntikan  kecantikan  tanpa  kelulusan  yang  semakin  menular
             kebelakangan ini.



             Beberapa  aktiviti  dengan  kolaborasi  dengan  agensi  lain  turut  dilaksanakan.  Antara
             yang  menjadi  tumpuan  adalah  dialog  sempena  operasi  pemeriksaan  bersepadu  di
             Pelabuhan Senari bersama Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan (BKKM) yang
             turut melibatkan pihak Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pertanian dan Veterinar serta
             Jabatan Pelabuhan Kuching. Selain itu penglibatan dengan pihak berkuasa tempatan

             turut dilaksanakan di Daerah Sibu melalui aktiviti kesedaran bersama Pejabat Daerah
             Sibu  dan  Majlis  Perbandaran  Sibu  yang  memfokuskan  penguatkuasaan  pengiklanan
             produk dan perkhidmatan di tempat-tempat awam.


             Aktiviti kesedaran dan dialog yang memfokuskan pengimportan melalui pintu masuk
             juga  turut  dilaksanakan,  antaranya  aktiviti  bersama  Pihak  Kastam  Diraja  Malaysia,
             Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuching  yang  turut  disertai  oleh  Pihak  Berkuasa

             Peranti  Perubatan,  Kementerian  Kesihatan  Malaysia.  Manakala  di  daerah  Miri  pula,
             aktiviti  dilaksanakan  bersama  Pihak  Kastam  Diraja  Malaysia,  Lapangan  Terbang
             Antarabangsa Miri dan Kargo Miri.

















                                                           132
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139