Page 15 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 15
CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI
Program Perkhidmatan Farmasi berperanan dalam pengurusan peruntukan bagi ubat,
vaksin, bukan ubat, reagen dan gas perubatan bagi Program Perubatan dan Program
Kesihatan Awam termasuk pemantauan dan cadangan pembahagian peruntukan.
Bagi Program Perubatan, secara umumnya peruntukan untuk perolehan butiran
dalam senarai Approved Purchased Price List dan kontrak pusat
dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Farmasi Hospital manakala peruntukan
untuk pembelian tempatan dipertanggungjawabkan kepada Cawangan Farmasi
Logistik Negeri, Pejabat Farmasi Bahagian Sibu, Sri Aman, Sarikei, Kapit, Miri dan
Limbang mengikut zon seliaan masing-masing. Hospital Umum Sarawak merupakan
satu-satunya hospital yang membuat perolehan sendiri bagi semua butiran. Bagi
reagen patologi, semua perolehan adalah diuruskan oleh Jabatan Patologi di Hospital
kecuali perolehan butiran Approved Purchased Price List yang masih di bawah
tanggungjawab pegawai Farmasi Hospital.
Wabak COVID-19 masih melanda Malaysia pada tahun 2021. Peruntukan bagi Gas
Perubatan menunjukkan peningkatan sebanyak 29.85% berbanding dengan tahun
2020. Pertambahan peruntukan ini adalah disebabkan oleh peningkatan kes
kemasukan pesakit COVID-19 ke wad-wad hospital.
Wabak Rabies yang mula melanda zon Selatan Sarawak pada tahun 2017 telah
menyebabkan perbelanjaan untuk vaksin meningkat dan nilai ini terus meningkat dan
telah mencecah RM 2,250,676.21 pada tahun 2018. Penurunan harga perolehan vaksin
anti-rabies melalui kontrak pusat pada tahun 2019 merupakan faktor utama
pengurangan peruntukan vaksin yang diperlukan oleh negeri Sarawak pada tahun
tersebut. Pada tahun 2020, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan
di kebanyakan tempat, kes rabies telah berkurangan berbanding tahun
2019.Walaubagaimanapun, kes rabies menunjukkan trend yang meningkat pada tahun
2021 berbanding dengan tahun 2020.
13