Page 17 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 17

CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI





              Bagi  Program  Kesihatan  Awam  pula,  semua  perolehan  butiran  ¨¶aoda d  bagi  ubat,
              vaksin,  bukan  ubat,  reagen  dan  gas  perubatan  adalah  diuruskan  oleh  Cawangan

              Farmasi  Logistik  Negeri  (CFLN)  dan  enam  (6)  Pejabat  Farmasi  Bahagian  (PFB).
              Kebanyakan butiran dalam senarai APPL dihantar terus oleh syarikat konsesi ke klinik
              kesihatan yang berkaitan.


              Sebahagian  kecil  peruntukan  juga  diturunkan  ke  Pejabat  Kesihatan  Bahagian  bagi
              perolehan reagen dan Pejabat Pengarah di Ibu Pejabat bagi perolehan butiran reagen

              dan  bukan  ubat  bukan  standard  untuk  kegunaan  seksyen-seksyen  seperti  Kawalan
              Penyakit  Berjangkit  Bawaan  Vektor,  Kawalan  Penyakit  Berjangkit,  Kawalan  Penyakit
              Tidak Berjangkit, dan Pusat Kawalan Penyakit Tibi.


              Pada  tahun  2021,  peruntukan  vaksin  yang  diterima  oleh  Program  Kesihatan  Awam
              telah meningkat sebanyak 68.87% secara purata berbanding tahun 2020.Pertambahan
              peruntukan  vaksin  adalah  susulan  penambahan  vaksin  pneumokokal  di  bawah

              Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak yang dilaksanakan di semua Klinik
              Kesihatan KKM di seluruh negara.  Selain itu, kenaikan harga Vaksin DTaP-IPV-Hib-Hep
              B  (Hexaxim)  juga  merupakan  salah  satu  faktor  peningkatan  peruntukan  yang
              diperlukan oleh negeri Sarawak.


              Peruntukan bukan ubat pada tahun 2021 juga menunjukkan peningkatan yang sangat
              besar,  iaitu  sebanyak  172.71%  berbanding  dengan  tahun  2020.  Penggunaan  Pe ¨zoel

              P z¶ec¶iÖe EŸ¾imeo¶ (PPE) yang meningkat akibat wabak COVID-19 dan penggunaan
              konsumable  sempena  Program  Imunisasi  COVID-19  Kebangsaan  (PICK)  merupakan
              punca  kenaikan  peruntukan  bukan  ubat  yang  diperlukan  oleh  Program  Kesihatan
              Awam.



              Peruntukan gas perubatan juga menunjukkan peningkatan sebanyak 27% berbanding
              dengan tahun 2020 akibat daripada wabak COVID-19.



















                                                           15
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22