Page 47 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 47
CAWANGAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI
PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI (VAS)
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sentiasa berusaha
untuk mempelbagaikan cara pendispensan bekalan ubat bagi preskripsi susulan
kepada pesakit melalui pelbagai inisiatif baru.
Transformasi dan inovasi ini yang dikenali sebagai Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi
(VAS) telah diperkenalkan dengan objektif utama bagi meningkatkan dan menjamin
kebolehcapaian pesakit kepada bekalan ubat susulan mereka. Terdapat 2 kaedah
utama iaitu penyediaan bekalan ubat susulan sebelum tarikh temujanji di kaunter
farmasi dan/atau penghantaran ubat terus ke rumah/tempat kerja.
Berikut merupakan jenis Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi yang disediakan oleh
fasilti kesihatan KKM di Sarawak:
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
Ubat Melalui Pos (UMP)
Sistem Temujanji Farmasi
Farmasi Pandu Lalu
Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS)
Farmasi Pandu Lalu
45