Page 7 - Laporan Tahunan BPF JKNS Tahun 2021
P. 7

CAWANGAN PENGURUSAN FARMASI







                  Pengurusan  sumber  manusia  farmasi,  Jabatan  Kesihatan  Negeri  Sarawak
                  ditadbir oleh Cawangan Pengurusan Farmasi dengan sokongan Cawangan
                  Sumber  Manusia,  Jabatan  Kesihatan  Negeri  Sarawak  (JKNS).  Objektif
                  Cawangan  Pengurusan  Farmasi  adalah  untuk  merancang  keperluan
                  sumber  manusia  untuk  perkhidmatan  farmasi  di  seluruh  Sarawak  demi
                  kesinambungan  perkhidmatan  farmasi  yang  ditawarkan  oleh  jabatan
                  kepada  rakyat.  Merancang  penempatan  dan  pengisian  anggota  farmasi
                  secara optima dan merancang dan menyelaras pembangunan dan laluan
                  kerjaya anggota farmasi di JKNS. Sumber manusia farmasi terdiri daripada
                  pelbagai  peringkat  jawatan  seperti  Pegawai  Farmasi,  Penolong  Pegawai
                  Farmasi serta kakitangan sokongan lain seperti Penolong Pegawai Tadbir,
                  Pembantu Tadbir, Pemandu Kenderaan Bermotor dan Pembantu Awam.


                  Sumber  manusia  farmasi  JKNS  telah  berkembang  dengan  pesat  dengan
                  peningkatan peratusan pengisian jawatan Pegawai Farmasi serta Penolong
                  Pegawai Farmasi beberapa tahun kebelakangan ini. Secara keseluruhannya,
                  terdapat  660  jawatan  Pegawai  Farmasi  bagi  tahun  2021.  Terdapat
                  pertambahan 9 jawatan baru iaitu 8 jawatan di Hospital Sri Aman (Waran
                  Perjawatan  Bilangan  136  Tahun  2021)  dan  1  jawatan  di  Klinik  Kesihatan
                  Nanga  Kemalih  (Waran  Perjawatan  Bilangan  45  Tahun  2021)  manakala
                  terdapat  1  jawatan  Pegawai  Farmasi  di  Hospital  Umum  Sarawak  iaitu  di
                  bawah  National  Institutes  of  Health  (NIH).  JKNS  mempunyai  514  jawatan
                  Penolong Pegawai Farmasi iaitu dengan pertambahan 22 jawatan baru di
                  Klinik  Kesihatan  Nanga  Kemalih  (Waran  Perjawatan  Bilangan  45  Tahun
                  2021),  Klinik  Kesihatan  Simpang  Bukut  (Waran  Perjawatan  Bilangan  165
                  Tahun 2020), Klinik Kesihatan Bunan Gega (Waran Perjawatan Bilangan 121
                  Tahun 2021) dan Hospital Sri Aman (Waran Perjawatan Bilangan 136 Tahun
                  2021).




























                                                            5
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12